Analogi dalam tafsiran ungkapan bahasa Melayu: ''matahari sepenggalah tingginya''

  • Sato Hirobumi@ Rahmat Universiti Brunei Darussalam, Brunei

Abstrak

Bahasa Melayu menggunakan segolongan kata nama terbitan yang tertentu dalam ungkapan yang berkaitan dengan sukatan "masa' dan " ruang" . Kata-kata sukatan ini diterbitkan bersama imbuhan pe(N)- diawali oleh kata bilangan. Ciri struktur nahuan dalam kata-kata yang demikian dapat dikaji secara analogis dalam hubungannya dengan kata kerja terbitan me(N)- yang diterbitkan dari kata dasar yang sama. Maksudnya, kata terbitan pe(N)- diterangkan sebagai kata nama perbuatan (nomina actionis). Namun, kata terbitan (se-)penggalah (< galah) yang digunakan dalam ungkapan seperti "matahari sepenggalah tingginya" rupa-rupanya sukar diterangkan dengan cara yang sama, dengan mengandaikan kata kerja perbuatan menggalah sebagai dasarnya. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan makna imbuhan pe(N) - yang terkandung dalam kata terbitan (se-)penggalah dari segi tatabahasa dan juga mentafsirkan ungkapan "matahari sepenggalah tingginya" secara saintifik yang menggambarkan fenomena alam semesta. Perbincangan yang kedua ini akan dihubungkaitkan dengan ilmu falak yang menjadi dasamya. Warisan ilmu pengetahuan orang Melayu yang demikian dikekalkan dalam struktur bahasa Melayu.

Rujukan

1. Baharrudin Zainal, 2004. llmu Falak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

2. Boer, D. W.N. de, 1951. Beknopte lndonesische Grammatica van Klassiek naar Modern Maleis. Leiden: E.J. Brill.

3. Fatimah Busu, 2004a. "Melihat Bulan Pumama" dlm. Keajaiban Alam. hlm. 183-194. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

4. Fatimah Busu, 2004b. "Keajaiban Alam" dlm. Keajaiban Alam. hlm. 408-427. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

5. Hollander, J.J. de, 18825. Handleiding bij de Beoefening der Maleische Taal en Letterkunde. Breda: Kononklijke Militaire Academie.

6. Ophuijsen, Ch.A. van, 1910. Maleische Spraakkunst. Leiden: S.C. van Doesburggh.

7. Spat, C., 1910. Maleische Taal (eerst stuk). Breda: Kononklijke Militaire Academie.

8. Tendeloo, H.J.E., 1901. Maleische Grammatica (eerste deel). Lei den: E.J. Brill.

9. Wijk, D. Gerth van, 1893. Spraakleer der Maleische Taal. Batavia: G. Kolff & Co.
Telah diterbitkan
2007-06-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hirobumi@ Rahmat, S. (2007). Analogi dalam tafsiran ungkapan bahasa Melayu: ''matahari sepenggalah tingginya''. Jurnal Bahasa, 7(1), 121-141. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8565/4071