Kesan akustik gugus vokal dalam kata terbitan berimbuhan {-an} /-an/

  • Sato Hirobumi @ Rahmat

Abstrak

Kata terbitan bahasa Melayu yang berimbuhan {-an} /-an/ memperlihatkan tiga pola artikulasi pada suku kata terakhir, iaitu (i) konsonan + /-an/, (ii) vokal tunggal + /-an/, and (iii) diftong + /-an/. Pola yang ketiga yang membentuk gugus vokal bersama imbuhan /-an/ pada suku kata terakhir memberi kesan akustik yang jelas berbeza dengan pola yang kedua yang memperlihatkan kehadiran bunyi peralihan dalam gugus vokal seperti dalam bentuk [i+ia+an] atau [-u+wa+an]. Walau bagaimanapun, ciri khas yang terdapat pada gugus vokal berpola (iii) kurang diperhatikan dari segi fonetik, malahan sesetengah pengkaji menggolongkan kedua-dua pola (ii) dan (iii) kepada struktur gugus vokal yang sama, iairu -VkVK#. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji struktur peralihan dalam gugus vokal, dengan menggunakan salah satu kaedah fonetik eksperimental. Data fonetik untuk eksperimen ini telah diperoleh daripada 30 orang penutur jati bahasa Melayu.

Rujukan

1. Davenport, Mike & Hannahs, S.J., 1998. Introducing Phonetics and Phonology. London: Arnold.

2. International Phonetic Association, 1949. The Principles of the International Phonetic Association. London: University College London.

3. International Phonetic Association, 1999. Handbook of the International Phonetic Association: A guide to the Use of the International Phonetic Alphabet. Cambridge: Cambridge University Press.

4. Jespersen, Otto, 1913. Lehrbuch der Phonetik. 1ste Auflage in 1904. Fonetik, en systematisk fremstilling af laren om sproglyd (1897-1899), ubersetzt von Herman Davidson. Leipzig & Berlin: Verlag von B.G. Teubner.

5. Ladefoged, Peter, 2006. A Course in Phonetics. Edisi Kelima. Boston: Thomson Higher Education.

6. M. Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Selangor: Fajar Bakti.

7. Ophuijsen, Ch.A. van, 1901. Kitab Loghat Melajoe, Woordenlijst voor de Spelling der Maleische Taal met Latijnsche Karakters. Weltevreden: Landsdrukkerij.

8. Ophuijsen, Ch.A. van, 1915. Maleische Spaakkunst. 1ste druk in 1910. Leiden: S.C. van Doesburgh.

9. Phonetic Society of Japan, 1976. A Dictionary of Phonetics . Tokyo: Sanshusha.

10. Sato, Hirobumi @ Rahmat, "Punca Perbezaan Tafsiran dalam Penghuraian Gugusan Konsonan <-nc-> dan <-nj-> dalam Bahasa Melayu", dlm. Jurnal Bahasa 14 (Mei-Ogos), hlm. 20-42, 2008. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2009-12-07
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hirobumi @ Rahmat, S. (2009). Kesan akustik gugus vokal dalam kata terbitan berimbuhan {-an} /-an/. Jurnal Bahasa, 9(2), 240-270. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8567/4073