Penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita'dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. Sampel kajian (KGND) adalah terdiri daripada 25 orang kanak-kanak Tabika Kemas di kawasan Serdang. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND 'dia' digunakan untuk merujuk orang ketiga, [ +manusia], iaitu sebanyak 95 daripada 135 ujaran atau 70.4 peratus yang menggunakan KGND 'dia'. Manakala dalam konteks yang relevan, KGND 'dia' boleh merujuk kepada benda lain yang bukan manusia, [-manusia], iaitu sebanyak 40 daripada 135 ujaran atau 29.6 peratus. Kekaburan dalam penggunaan KGND 'kita' timbul apabila kanak-kanak menggunakannya dalam konteks yang berbeza. 'Kita' sebagai KGND pertama digunakan untuk menunjukkanjamak, iaitu sebanyak 110 daripada 144 ujaran atau 76.4 peratus. Di samping itu, sampel juga menggunakan 'kita' sebagai KGND pertama mufrad iaitu sebanyak 34 daripada 144 ujaran atau 23.6 peratus. Kekaburan penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' ini dapat diselesaikan derigan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang terkandung dalam teori relevan.

Biografi Penulis

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

BAHAGIAN MAJALAH (MAGAZINE DEPARTMENT)

PERANCANG BAHASA (LINGUISTICS OFFICER)

Rujukan

1. Asmah Haji Omar, 1995. "Kajian Bahasa Melayu dalam Usaha Mempertingkatkan Mutu Pengajaran Bahasa Melayu'', Kertas Dasar Kong res Bahasa Melayu Sedunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Grundy, P., 1995. Doing Pragmatics. Great Britain: Edward Arnold.

3. Juriah Long, 1993. "Pemerolehan lmbuhan pada Peringkat Prasekolah dan Implikasinya terhadap Pendidikan Bahasa". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993. "Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia". Kuala Lumpur.

5. Levinson, S., 1978. Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.

6. Marsis Muhammad Nasir, 1997. Perkembangan Makna dari Semantik ke Pragmatik. Jurnal Dewan Bahasa, 41 ( 11 ): 1008-1022.

7. Maybin, J., 1994. Children s voices: Talk, knowledge and identity. Dlm D. Graddol, J. Maybin dan B. Stierer (eds.) Researching Language and Literacy in Sosial Context. Clevedon: Multilingual Matters.

8. Mey, J., 1993. Pragmatics: An Introduction. Oxford: Blackwell Publishers.

9. Nor Hashimah Jalaluddin, 1991. "Kekaburan dalam Ganti Nama Melayu Sarawak: Masalah dan Penyelesaiannya". Jurnal Dewan Bahasa, 35(10): 873-884.

10. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Nor Hashimah Jalaluddin, 1995. Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, 1995.

12. Nor Hashimah Jalaluddin, 1998. Bahasa, Sosialisasi, dan Kognitif: Satu Pendekatan Teori Relevan. Jurnal Dewan Bahasa, 42 (12): 1084-1093.

13. Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Relevan Komunikasi dan Kognisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Romaine, S., 1984. The Language of Children and Adolescents: The Acquisition of Communicative Competence. Oxford: Blackwell.

15. Samarin, W., 1967. Field Linguistics: A Guide to Linguistic Field Work. New York: Holt Rinehart and Winston Inc.

16. Sperber, D., & Wilson, 1986a. Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell.

17. Zulkifley Hamid, 1991. "Pentafsiran Makna Pragmatik sebagai Kaedah yang Lebih Lengkap", Jurnal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, 35(7): 570-575.
Telah diterbitkan
2022-12-23
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zainon Hamzah, Z. (2022). Penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 4(1), 186-204. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8583/4089