Peristilahan bahasa Melayu: satu kajian sikap
Abstrak
Korpus peristilahan bahasa Melayu menunjukkan bahawa kini, sejumlah 649 568 entri istilah (tidak termasuk 123 885 istilah MABBIM) telah berjaya dihasilkan (Berita Peristilahan:1998). Langkah pembentukan istilah yang terkandung dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP:1992) mensyaratkan istilah hams dibentuk pertama-tamanya daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu sendiri, kedua, perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu, ketiga, perbendaharaan kata bahasa asing terutama kata daripada sumber bahasa Inggeris, dan keempat, perbendaharaan kata daripada bahasa-bahasa yang lain. Namun begitu, kecenderungan untuk menerima apa-apa yang disarankan atau yang disajikan oleh para perancang istilah tersebut, tidak semestinya dapat diterima bulat-bulat oleh para pengguna istilah. Akhirnya, para penggunalah yang akan menentukan istilah-istilah yang ingin digunakan oleh mereka. Kertas ini akan memaparkan 10 jenis sikap pengguna terhadap istilah-istilah yang telah dihasilkan melalui kaedah yang dicadangkan oleh para perancang bahasa tersebut. Dapatan kajian diharap dapat membantu kita menilai usaha-usaha membina istilah-istilah dalam bahasa Melayu pada masa hadapan.
Rujukan
2. Asmah Haji Omar, 1983. Perkembangan Bahasa Malaysia dan Falsafah Pembinaannya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
3. Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Asmah Haji Omar, 1992. The Linguistic Scenery in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Asmah Haji Omar, 1993. "Attitudes at Work". Kertas kerja dalam Seminar Secretary Week. Johor Bahru, April 1993.
6. Asmah Haji Omar, "Language Planning and Image Building: The Case of Malay in Malaysia" dlm. International Journal of The Sociology of Language 10:130, hlm. 44-65, 1998.
7. Berita Peristilahan Bil. 17, Disember 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Collins Cobuild, 1992. English Language Dictionary. London: Harper Collins Publishers.
9. Fasold, Ralph, 1984. Sociolinguistics of Society. Basil Blackwell Publisher Limited: England.
10. Kamus Dewan, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.