Kata bersinonim dalam bahasa Melayu: satu penelitian
Abstrak
Sejak diangkat menjadi bahasa kebangsaan negara kita, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang rancak dari segi kosa kata, struktur, nahu, dan seumpamanya. Pengguna bahasa Melayu semakin hari semakin meningkat. Hal ini berlaku kerana kini bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh penutur natif, malah oleh pengguna bukan jati bahasa Melayu, seperti orang Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain lagi. Dalam kerancakan penggunaan bahasa Melayu ini, timbul persoalan pengguna yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Sudah banyak dibincangkan atau dibahaskan tentang kesalahan bahasa dalam pelbagai buku, artikel, forum, kertas kerja, ceramah, seminar, dan kolokium, tetapi persoalan kesalahan bahasa dari aspek makna kelihatan kurang diberikan tumpuan. Justeru makalah ini akan memberikan fokus terhadap aspek kesalahan tersebut.
Rujukan
2. Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Arbak Othman, 1985. Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Awang Sariyan, 1996. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Crystal, David, 1995. The Cambridge Encyclopedia of the English Language, Cambridge University Press: United Kingdom.
6. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, 1995. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
7. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. S. Nathesan, 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. S. Nathesan, 2004. Kata Bersinonim dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Nik Safiah Karim et al., 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Tesaurus Urnum Bahasa Melayu, 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Za`ba, 1957. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.