Pihak Lain dalam diplomasi antarabangsa

  • Hafriza Burhanudeen Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pihak Lain (PL) dalam penelitian bahasa pada masa ini, yang selalu dibicarakan agar bertentangan dengan Diri Sendiri (DS) merupakan pandangan yang rata-ratanya dipegang, sedangkan kedua-duanya merupakan entiti berlainan yang memiliki latar budaya dan sosiolinguistik yang berbeza. Pada pertentangan inilah, perbezaan daripada hasil penelitian terhadap DS selalu digunakan sebagai latar rujukan untuk mewajarkan sebab-musabab pelbagai perlakuan norma sosial, budaya dan bahasa yang terdapat pada korpus yang dianalisis bagi menghuraikan kepadaan pemerian dan penjelasan. Penelitian dalam bidang kekuasaan diplomasi antarabangsa, bagaimanapun, boleh mengemukakan pandangan alternatif terhadap DS dan PL. Makalah ini ingin mengutarakan satu pandangan yang berbeza terhadap DS dan PL dalam diplomasi antarabangsa. Dalam konteks ini, DS dan PL boleh dianggap sebagai dua sisi kepada syiling yang sama, DS ditentukan oleh identiti sosiolinguistik, budaya dan agama seseorang itu, manakala PL selaku orang yang sama, dikehendaki bertindak bukan sebagai DS untuk seketika, kerana akur secara profesional kepada budaya diplomasi untuk mencapai beberapa matlamat diplomasi antarabangsa. Dalam makalah ini, persoalan pertukaran peranan kepada PL akan disentuh melalui perbincangan mengenai dua soalan. Pertama adalah tentang apakah aspek-aspek penting mengenai budaya diplomasi profesional, komunikasi diplomasi, dan pengurusan yang melibatkan DS, yang mempunyai latar pelbagai agama, bangsa, politik, sejarah, budaya dan norma sosiolinguistik dalam kalangan ahli yang berasal dan negara-negara yang berlainan, yang disatulcan dalam arena diplomasi antarabangsa, untuk bertukar peranan semasa mendukung fungsi sebagai PL apabila berbicara tentang kerjasama serantau dan antarabangsa? Kedua adalah tentang bagaimanakah ciri-ciri komunikasi diplomasi yang diteliti bertindak sebagai jambatan untuk menghubungkan DS dengan PL? Makalah ini diakhiri dengan kepercayaan bahawa la raison de system dalam diplomasi, akan tetap muncul pada semua penelitian dalam diplomasi, yakni satu keadaan yang memperlihatkan PL perlu menguasai DS.

Rujukan

1. Aliska M., "Occidentalism:The Historical Fantasy of the Modern" dlm. South At-lantic Quarterly 102:2-3, hlm. 351-379, Mac 2003.

2. Bell, C., 1992. Ritual Theory, Ritual Practice. Oxford:Oxford University Press.

3. Buruma, Ian dan Avishai Margalit, 2004. Occidentalism: A Short History of Anti-Westernism. Atlantic Books.

4. Claes, M.T., 2004. "The Interaction between Organisational Culture and National Culture". Kertas kerja dalam Second International Conference on Intercul-tural Communication and Diplomacy. Malta, 13-15 Februari 2004.

5. Couze Venn, 2001. Occidentalism:Modernity and Subjectivity. Sage Publication.

6. Fisher, G., 1980. International Negotiation: A Cross-Cultural Perspective. Chicago:Chicago Press.

7. Freeman, C., 1997. The Diplomat's Dictionary. Washington D.C. :United States Institute of Peace Press.

8. Hafriza Burhanudeen, 2003a. "Course Materials for Diplomats:Essential Guide-lines" dlm. Jayakaran Mukundan (ed.), 2003. Readings on ELT Material. UPM: UPM Press.

9. Hafriza Burhanudeen, 2003b. "Language of Diplomacy" dlm. Journal of the Materials Development Association (MATSDA), 8:1 dan 8:2, hlm. 32-37, No-vember 2003.

10. Hafriza Burhanudeen, 2005. "Registers in International Diplomacy:Generalized Stylistic Choices in Speeches" dlm. www.educ.utas.edu.au/ The International Journal of Language, Society and Culture. Issue 15.

11. Hofstede, G., 2004. "Diplomats as Cultural Bridge Builders". Kertas kerja dalam The Second International Conference on Intercultural Communication and Diplomacy. Malta, 13-15 Februari 2004.

12. Johnson, M., 1987. The body in the Mind: The Bodily Basis of Meaning, Imagina-tion, and Reason. Chicago:The University of Chicago Press.

13. Jonsson, C dan Hall, M., 2002. "Communication:An Essential Aspect of Diplo-macy". Kertas kerja dalam The 43r1 Annual ISA Convention. New Orleans, 23-27 Mac 2002.

14. Matos, F.G., 20P "Applying the Pedagogy of Positiveness to Diplomatic Com-munication". Kertas kerja dalam The Second International Conference on Intercultural Communication and Diplomacy. Malta, 13-15 Februari 2004.

15. Rana, K., 2004. "Professional Diplomatic Culture and Dialogue with Domestic Stakeholders". Kertas kerja dalam The Second International Conference on Intercultural Communication and Diplomacy. Malta, 13-15 Februari 2004.

16. Rommetveit, R., 1974. On Message Structure. A Framework for the Study of Language and Communication. London:John Wiley.

17. Satow, E., 1908. An Austrian Diplomat in the Fifties. Cambridge:Cambridge Uni-versity Press.

18. Sharp, P., "For Diplomacy:Representation and the Study of International Relations" dlm. International Studies Review 1:1, hlm. 33-57,1999.

19. Swales, John M., 1990. Genre Analysis: English in Academic and Research Settings. Cambridge:Cambridge University Press.

20. The Star, "Envoy Apologizes to Malaysia", 15 Mac 2005.

21. The Star, "Issue Can be Resolved Amicably", 21 Mac 2005.

22. Tran, Van Dith., 1987. Communication and Diplomacy in a Changing World. N.J.: Norwood.
Telah diterbitkan
2006-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Burhanudeen, H. (2006). Pihak Lain dalam diplomasi antarabangsa. Jurnal Bahasa, 6(4), 561-580. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8593/4098