Pemerolehan morfologi dan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa

  • Mhd. Amin Arshad Universiti Putra Malaysia
  • Vijayaletchumy Subramaniam Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Berdasarkan Teori Mentalis sebagai konsep, kajian ini akan cuba meneliti perkembangan penghasilan cakapan dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa. Teori Genetik-Kognitif dijadikan kerangka teori ini. Teori ini diperkenalkan oleh Chomsky (1959) yang telah secara radikal mengubah perkem-bangan psikolinguistik. Lantaran, wujudlah satu teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa yang disimpulkan daripada teori linguistiknya (Teori Transformasi Generatif). Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak di sekitar kawasan Sri Serdang. Rasional untuk memilih tempat ini adalah kerana kanak-kanak di kawasan ini berasal daripada keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu, dan kurang dipengaruhi oleh dialek bahasa Melayu kedaerahan dan kenegerian. Melalui kaedah pemer-hatian, penyelidik membuat pemerhatian pemerolehan bahasa secara spontan, iaitu ketika kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan orang dewasa. Di samping itu, penyelidik juga berbual-bual dan bersoal jawab dengan kanak-kanak tersebut. Bagi merangsang kanak-kanak berinteraksi dengan penyelidik dan kawan-kawannya, bahan-bahan konkrit seperti gambar dan Benda-benda di persekitaran kehidupan kanak-kanak digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti secara kolaboratif atau bekerjasama dalam interaksi bahasa antara kanak-kanak dengan penjaga dapat menyediakan konteks yang paling sesuai untuk pembelajaran bahasa. Melalui aktiviti tersebut, seseorang kanak-kanak dapat menghayati unsur bahasa dan rumus tatabahasa yang terdapat dalam bahasa ibundanya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai unsur-unsur bahasa dalam masyarakat dan budaya bahasa tersebut. Tegasnya, kanak-kanak juga dapat mempelajari cara untuk memilih tutur kata serta pertuturan yang sesuai dengan khalayak, tajuk, dan konteks perbualannya.

Rujukan

1. Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

2. Abdullah Hassan, 1983. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

3. Abdullah Hassan dan Hasnah Hj. Ibrahim, 1987. Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Abdul Rashid Ali, "Penguasaan Bahasa Kanak-kanak:Satu Pemerhatian Kes Awal" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34:10, hlm. 942-955, 1992.

5. Abdullah Yusuf dan Che Rabiah Mohammad, "Teori Pemelajaran Sosial dan Pemerolehan Bahasa Pertama" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 36:6, hlm. 456-464, 1995.

6. Asmah Haji Omar, 1976. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Asmah Haji Omar, 1981. "Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak" dlm. Di Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Asmah Haji Omar, "Bentuk Bahasa Kanak-kanak Melayu" dlm. Dewan Bahasa 26:9, hlm. 681-695, 1985.

9. Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Atan Long, 1970. Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-kanak Melayu di dalam Darjah Satu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Atan Long, 1971. Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-Kanak Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Bellugi, U dan Brown, R., 1975. The Acquisition of Language. Chicago:The University of Chicago Press.

13. Chomsky, C., 1969. The Acquisition of Syntax in Children from 5 to 10. Massachusetts:The M.I.T. Press.

14. Chomsky, Noam, "A Review of B.F. Skinner's Verbal Behaviour" dlm. Language 35, hlm. 26-58, 1959.

15. Chomsky, Noam, 1981. "On Cognitive Structures and Their Development:A Re-ply to Piaget", dlm. Language and Learning: he Debate between Jean Piaget and Noam Chomsky, Piattelli Paimarini (ed.). London:Routiedge & Kegan Paul.

16. Foss, D.J. dan Hakes, D.T., 1978. Psycholinguistics An Introductions to the Psychology of Language. New Jersey:Prentice-Hall Inc.

17. Hornstein and Lighttoot, 1975: Learning How to Mean:Explorations in the Development of Language. London:Edward Arnold.

18. Harimurthi Kridalaksana, 1983. Kamus Linguistik. Jakarta:PT Gramedia.

19. Juriah Long, 1983. Pemerolehan Imbuhan pada Peringkat Prasekolah dan Implikasinya terhadap Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

20. Krashen, S.D. dan Terrel, T.D., 1983. The Natural Approach:Language in the Class-room, New York:Prentice-Hall.

21. Kamarudin Haji Husin, 1986. Saw Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-Kanak Melayu di dalam Darjah Satu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

22. Limber, M. M., 1973. Language and the Child. Slough:National Foundation for Educational Research.

23. Mangantar Simanjuntak, 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24. Piaget, J., 1952. The Origin of Intelligence in the Child. New York:International Universiti Press.

25. Shatz, S., 1982. Psycholinguistics:A Book of Reading. Indiana University:Holt Rinechart and Winston.

26. Sinclair, H., "Language Acquisition and Cognitive Development" dlm. Cognitive Development and the Acquisition of Language, T.E. Moore (ed.). London: Academic Press, hlm. 9-25, 1973.

27. Steinberg, 1995. Learning about Language:An Introduction to Psycholinguistics. London & New York: Longman.

28. Zulkifley Hamid, 1994. Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2006-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Arshad, M., & Subramaniam, V. (2006). Pemerolehan morfologi dan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa. Jurnal Bahasa, 6(4), 581-609. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8594/4099