Gaya hipotaksis dan parataksis dalam kerangka nahu fungsian-sistemik

  • Mohammad Fadzeli Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk memeri penggunaan ayat hipotaksis dan parataksis dalam bahasa Melayu, khususnya hubungan antara struktur makna dan gaya. Dalam pemerian ini, gaya yang menandai kegemaran pengarang dianalisis secara terperinci. Data bahasa diambil daripada teks Sungai Mengalir Lesu, karya Sasterawan Negara, A. Samad Said. Dalam analisis struktur ayat hipotaksis dan parataksis, makalah ini mengaplikasi nahu fungsian-sistemik. Dalam pertimbangan struktural, klausa tak setara dan klausa setara dianalisis berdasarkan kehadiran atau ketiadaan unsur penghubung. Dalam aspek makna pula, analisis tertumpu pada makna yang diwujudkan oleh klausa pengembangan dalam sesuatu ayat kompleks, iaitu dalam memperinci atau memperluas makna sesuatu klausa utama. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa struktur ayat parataksis lebih kompleks berbanding dengan ayat hipotaksis, dan klausa perluasan lebih dominan digunakan dalam kedua-dua ayat kompleks tersebut.

Rujukan

1. A. Samad Said, 1997. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Bloomfield, L., 1979. Language.London:George Allen & Unwin.

4. Bloor, T. & Bloor, M., 1995. The Functional Analysis of English. London:Arnold.

5. Cummings, M. & Simmons, R., 1983:The Language of Literature: A Stylistic In-troduction to the Study of Literature. England:Pergamon Press.

6. Halliday, M.A.K., 1994. An Introduction to Functional Grammar (second edi-tion). London:Edward Arnold.

7. Halliday, M.A.K. & Ruciaiya Hasan, 1995. Cohesion in English. London:Longman.

8. Harshita Aini Haroon, 2001. Kepelbagaian Pengagihan dan Perincian Maklumat dalam Binaan Aposisi dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, September:37-43.

9. Martin, J.R., 1992. English Text: System and Structure. John Benjamins Publishing Company.

10. Matthews, P.H., 1984. Syntax. Cambridge:Cambridge University Press.

11. Matthews, P.H., 1997. Oxford Consice Dictionary of Linguistics. Oxford:Oxford University Press.

12. Matthiessen, C. & Thompson, S.A., 1988. "The Structure of Discourse and Subor-dination" dlm. Haiman, J. & Thomson, S.A. (ed.), Clause Combining in Grammar and Discourse. Amsterdam/Philadelphia:John Benjamins Publish-ing Company.

13. Nur'aini Abu Bakar (peny.), 1995. Tesaurus Linguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Thompson, G., 2004:Introducing Functional Grammar (second edition). London: Arnold

15. Trask, R.L., 1996. A Dictionary of Grammatical Terms in Linguistics. London: Routledge.

16. Wales, K., 1991. A Dictionary of Stylistics. London:Longman.
Telah diterbitkan
2006-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jaafar, M. (2006). Gaya hipotaksis dan parataksis dalam kerangka nahu fungsian-sistemik. Jurnal Bahasa, 6(4), 610-626. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8595/4100