Maklumat leksikal dalam struktur kasus dan argumen dalam penulisan berita

  • Nor Azuwan Yaakob Universiti Putra Malaysia
  • Arbak Othman Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini berusaha untuk menjelaskan peranan yang dimainkan oleh fitur semantik beberapa kata bahasa Melayu dan segi kasus dalaman dan jumlah argumen yang timbul dalam struktur ayat pada aras permukaan. Pengkaji menggunakan konsep fitur semantik kata kerja yang digunakan secara popular oleh Charles J. Fillmore dengan istilah "maklumat leksikal". Baginya, maksud asas kata dapat dinyatakan sebagai suatu set komponen kompleks yang diperlukan untuk menyatakan sifat-sifat peristiwa atau situasi. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa sifat semantik asas kata kerja sebagai contoh, terutamanya sifat-sifat yang berhubungan dengan masa, ruang, pergerakan dan "fiat". Kajian ini akan mencuba untuk menunjukkan kelenturan beberapa kata kerja dan segi jumlah argumen yang diambilnya dalam struktur predikat. Dalam deskripsi nahu, pengkaji akan mengenal pasti struktur peranan sesuatu ujaran. Dan sini pengkaji bergerak ke hadapan untuk membuktikan bahawa peranan yang dimainkan oleh argumen diambil daripada inventori jenis-jenis peranan yang ditetapkan dalam nahu kasus oleh teori nahu. Aplikasi teori kasus, bersama-sama masing-masing argumen yang dikaitkan dengan beberapa kata kerja sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita sebagai wacana retorik akan diperhatikan dalam usaha untuk melihat bahawa nahu bahasa berita tulisan didapati serupa dengan yang digunakan dalam deskripsi. Jumlah argumen yang dibenarkan dalam struktur ayat rupa-rupanya dapat dikenal pasti dalam domain interpretasi kasus semantiknya sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita dalam akhbar harian berbahasa Melayu. Sebagai contoh secara konsep, kata dan memerlukan tiga argumen (orang yang melakukan kesalahan, orang yang rugi dan barang-barang rampasan), manakala dan masing-masing merupakan predikat empat argumen, iaitu argumen yang mewakili orang yang menerima barangan atau perkhidmatan, orang yang membekalkan barangan dan perkhidmatan, barangan dan perkhidmatan sendiri dan jumlah wang yang bertukar tangan. Kehadiran argumen dalam ayat pada umumnya wajib mengikut keadam lain yang diperlukan pada situasi tertentu.

Rujukan

1. Altschull, Herbert J., 1984. Agents of Power. London:Longman.

2. Bach, Emmon dan Harms, Robert T., 1968. Universals in Linguistic Theory. New York:Holt, Rinehart dan Winston.

3. Bendix, Edward Herman, 1966. Componential Analysis of General Vocabulary. Bloomington:Indiana University Press.

4. Berkowitz, Dan, 1997. Social Meanings of News:A Text-Reader. London: Sage Publications.

5. Breuweinscki, 1993. The Need for Words: Voice and the Text. England:Methuen Drama.

6. Drs. Aceng Abdullah, 1999. Press Relations:Kiat Berhubungan dengan Media Massa. Bandung:Penerbit P.T. Remaja Rosdakarya.

7. Engwall, Lars, 1978. Newspapers as Organizations. England:Teakfield Ltd. Fillmore.

8. Charles J., 1968. "The Case for Case" dlm. Bach dan Harms (1968). Harrison, Jackie, 2006. News. London:Routledge.

9. Katz, Jerrold J., dan Fodor, Jerry A., 1963. The Structure of a Semantic Theory. Cambridge, Mass:MIT Press.

10. Katz, Jerrold J. dan Postal, Paul M., 1964. An Integrated Theory of Linguistic Descriptions. Cambridge, Mass:MIT Press.

11. Katz, Jerrold J., 1972. Semantic Theory. New York: Harper & Row.

12. Kempson, Ruth M., 1991. Teori Semantik, Terj. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. Kosmo, 4 Julai 2006. Kuala Lumpur:Utusan Melayu Press Berhad.

14. Kosrno, 8 Julai 2006. Kuala Lumpur:Utusan Melayu Press Berhad.

15. Kosmo, 24 Julai 2006. Kuala Lumpur:Utusan Melayu Press Berhad.

16. Berita Harian, 4 Ogos 2006. Kuala Lumpur:Straits Times Press.

17. McCawley, James D., 1968. "The Role of Semantic in a Grammar" dlm. Bach dan Harms (1968).

18. Nida, Eugene A., 1996. Menerokai Struktur Semantik, Terj. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

19. Phillips, David, 1992. Evaluating Press Coverage. London:Kogan Page Ltd.

20. Siebert, Peterson & Schramm, 1974. Four Theories of the Press. Chicago:University of Illinois Press.

21. Stamm, Keith R., 1985. Newspaper Use and Community Ties: Towards a Dynamic Theory. New Jersey:Ablex Publihsing Corporation.

22. Weinreich, Uriel, 1966. "Explorations in Semantic Theory" dlm. Sebeok, (ed.), Current Trends in Linguistics. The Hague:Mouton.
Telah diterbitkan
2006-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Yaakob, N., & Othman, A. (2006). Maklumat leksikal dalam struktur kasus dan argumen dalam penulisan berita. Jurnal Bahasa, 6(4), 627-656. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8596/4101