Kerancuan dalam bahasa Melayu
Abstrak
Makalah ini membicarakan kerancuan dalam bahasa Melayu semasa, dalam ranah rasmi yang ditinjau dari pelbagai keadaan. Antara yang penting adalah keadaan (a) tidak teratur dari segi pembakuan nahu bahasa Melayu, (b) bercampur aduk, khususnya dengan bahasa Inggeris dalam bentuk "bahasa rojak", dan (c) tidak tertib apabila bahasa Melayu digantikan oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa wahana. Kesan fenomena kerancuan ini ke atas bahasa Melayu selaku bahasa negara: bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa rasmi negara, ikut dibicarakan, khususnya dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan peradaban tinggi untuk bangsa/negara Malaysia. Langkah dan usaha pem-banterasan keadaan tidak teratur, bercampur aduk dan tidak tertib pada bahasa Melayu merupakan mauduk perbincangan lain yang penting dalam makalah ini.
Rujukan
2. Teo Kok Seong, 1999. "Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia". Jumal Dewan Bahasa 43:1, hlm. 25-33,1999.
3. Teo Kok Seong, 2002a. "Penggunaan ' Bahasa Tidak Baik' dalam Bidang Penyiaran". Dewan Bahasa 2:9, hlm. 16-23,2002.
4. Teo Kok Seong, 2002b. "Bahasa Melayu dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia:Aset atau Liabiliti"?. Kertas kerja dalam Persidangan Linguistik Asean 2, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Brunei Darussalam, 28-30 Oktober 2002.
5. Teo Kok Seong, 2004a. "Peranan Bahasa dalam Penerbitan Rancangan Radio". Kertas edaran dalam Kursus Asas Penerbitan Rancangan Radio. Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), Jabatan Penyiaran Malaysia, 6-22 Mei 2004.
6. Teo Kok Seong, 2004b. "Hadirin Diminta Switch Off Telefon Bimbit" dlm. Pelita Bahasa 16:6, hlm. 15-17,2004.
7. Teo Kok Seong, 2004c. "Pemantauan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Media Elektronik". Laporan Pembentangan Projek Pemantauan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Media Elektronik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1 Julai 2004.
8. Teo Kok Seong, 2004d. "Bahasa Melayu Rojak:Persoalan Kemurnian dan Jati Diri Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara". Kertas kerja dalam Semi-nar Pembanterasan Bahasa Rojak. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan Kerjasama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malay-sia, Melaka, (IKSEP), 8 Julai 2004.
9. Teo Kok Seong, 2004e. "Malay Language Professionals Not Bigoted Nationalists" dlm. New Straits Times, 12 Ogos 2004.
10. Teo Kok Seong, 2004f. "Hubungan Erat Penutur dengan Bahasanya" dlm. Pelita Bahasa 16:10, hlm. 16-18,2004.
11. Zainal-`Abidin bin Ahmad, 1958. Pelita Bahasa Melayu:Penggal 1 (Permulaan Nahu Melayu). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.