Pendekatan linguistik kognitif dalam pemerian "di antara" / "antara"
Abstrak
Tatabahasa Dewan (1993) menggariskan beberapa preskripsi tentang penggunaan "di antara" dengan "antara". Ini termasuklah (a) "di antara" hanya digunakan untuk kedudukan fizikal atau arah ["antara" tanpa sendi nama "di" tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah]; (b) "antara" digunakan untuk menunjukkan perbandingan; (c) "antara" apabila diikuti oleh kata nama am, kata nama am tersebut tidak perlu diulang; (d) "antara" boleh diikuti oleh kata bilangan tentu, kata bilangan tidak tentu dan kata bilangan himpunan tetapi tidak boleh digunakan seiring dengan kata bilangan tingkat; (e) "antara" boleh diikuti oleh kata ganti nama diri; dan (f) "di antara" dan "antara" dipadankan dengan kata sendi nama "dengan" bukan kata hubung "dan". Kajian korpus pengkaji mendapati bahawa pengguna lebih kerap menggunakan struktur yang dikatakan "salah" dari segi rumus di atas. Dengan mengambil pendirian "nahu praktis", pengkaji mencadangkan satu deskripsi penggunaan "antara" dan "di antara" yang berasaskan tatabahasa kognitif. Mengikut huraian tatabahasa kognitif, pilihan penggunaan "antara" dan "di antara" mencerminkan konsepsi yang berbeza. Dan lebih penting lagi, konsepsi itu mempunyai asas yang kukuh dari segi keupayaan kognitif penutur dan boleh dikaitkan dengan pengalaman dan pengkonsepsian sejagat penutur.
Rujukan
2. Asmah Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
3. Dirven, R., "Dividing up Physical and Mental Space" dim. In C. Zelinsky-Webbelt, 1993. The Semantics of Prepositions. Berlin: Walter de Gruyter.
4. Imran Ho Abdullah, "Contrasting Malay-English Prepositional Categories. Indulg-ing in IN" dim. Chan Swee Heng, Mohammad A. Quayum dan Rosli Talif (ed.), 2000. Diverse voices. Readings in Language, Literature and Culture. Serdang: Penerbit UPM.
5. Imran Ho Abdullah, 2002. "Anaiisa Semantik Kognitif Pernyataan PERBAN-DINGAN: Lebih dan Kurang (Konstruksi Perbandingan Bahasa Melayu - pendekatan linguistik kognitif)". Kertas kerja Persidangan Pengajian Melayu Ke-2, Beijing, China. 8 - 15 Oktober 2002.
6. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Nathesan S. "Makna dan Penggunaan Antara" dim. Pelita Bahasa, Ogos 1998.
8. Nik Safiah Karim et al., 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Nik Safiah Karim et al., 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Taylor, John., 1995. Linguistic Categorization. Prototypes in Linguistic Theory. Oxford: Oxford University Press.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.