Gandingan kata bilangan dan penggandaan bahasa Melayu: sama tak serupa
Abstrak
Ramai penahu Melayu, antaranya Asmah (1993), Nik Safiah et al. (1997), Hashim Musa (1993), Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), dan Za`ba (2000) ada membincangkan kata ganda dengan tumpuan khusus pada aspek morfologi. Ada sedikit perbincangan yang menyentuh tentang makna kata ganda itu sendiri. Nor Hashimah (2002) ada membincangkan kata ganda dari perspektif semantik dengan menyarankan makna khusus dan tidak khusus pada kata tersebut. Kata bilangan kardinal dan bilangan tak tentu turut dibincangkan dalam kata ganda bilangan. Kata kardinal "tiga ekor ayam" tergambar jamaknya pada "tiga" dan "ayam" tidak perlu digandakan. Penahu Melayu juga menyarankan perkara yang serupa untuk kata bilangan tak tentu. "Semua guru" ialah gambaran jamak dan tidak perlu digandakan "guru". Data korpus, sama ada yang bertulis mahupun pertuturan menggambarkan sebaliknya. Fungsi kata ganda bilangan akan menjadi lebih menarik apabila dilihat pada korpus yang lebih luas. Analisis semantik dengan pendekatan rangka rujuk silang dan pemilihan rujukan akan menjelaskan perbezaan kedua-dua kata ganda ini dengan meyakinkan.
Rujukan
2. Abdul Jalil Anuar, 2000. "Pangkalan Data Korpus dan Penyelidikan Bahasa: Kajian Kes Memper". Kertas kerja dalam Persidangan Linguistik ASEAN 1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, April 2000.
3. Asmah Hj. Omar, 1982. Nahu Mutakhir Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Hawiyah Baba, 2003. "Perluasan Makna Kata Si, Tabii dan Kata Sifat Indera Sentuh:"Analisis Semantik Kognitif". Kertas Projek Sarjana. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Kamus Dewan, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Kempson, R., 1986a. "Difinite np's and context - dependence" dim. Ed. T. Myers et al., Meaning and interpretatio. Oxford: Basil Biakewell.
7. McEnery Tony dan Andrew Wilson, 1996. Corpus Linguistics. Edinburgh: Edinburgh Univ. Press.
8. Nik Safiah et al., 1986. Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Nik Safiah et al., 1989. Tatabahasa Dewan Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Nor Hashimah Jalaluddin. "Kata Ganda Bahasa Melayu: Analisis Semantik dan Pragmatik" dim. Majalah Dewan Bahasa 3:3, him. 26-33, Mac 2003.
11. Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. "Masaiah Polisemi dalam Perkamusan: Analisis Semantik Kognitif'. Kertas kerja dalam International Workshop of Lexicog-raphy. Universiti Indonesia, Jakarta, Indonesia, Disember 2003.
12. Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2003. "Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi". Penyelidikan Arus Perdana AP 1/ 2000, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
13. Nor Hashimah Jalaluddin, 2004, "Nahu Praktis Ganti Nama dan `Ianya' dalam Data Korpus: Analisis Rangka Rujuk Silang", Prosiding Seminar Sehari Linguistik dan IRPA 07-02-02-0023 EA211, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 30 Mac 2004.
14. Pangkalan Data Korpus Berkomputer, Jabatan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Sperber, D. dan D. Wilson, 1995. Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford: Basil Blakewell.
16. Zaharani Ahmad, 2004. "Pengimbuhan Memper-kan dengan Kata Adjektif: Analisis Data Korpus Berkomputer". Prosiding Seminar Sehari Linguistik dan IRPA 07-02-02-0023 EA211, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 30 Mac 2004.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.