Isu morfofonologi bahasa Melayu: menangani kepelbagaian varian dalam korpus

  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini meneliti aspek morfofonologi yang melibatkan alternasi morfem, khususnya yang bersifat rencam dan tidak seragam dalam pembentukan kata terbitan bahasa Melayu. Alternasi sebegini ditandai dengan kehadiran varian-varian yang berbeza tetapi masih membawa maksud yang sama. Misalnya, kata pasif diketengahkan apabila diaktifkan akan menghasilkan tiga bentuk kata yang berbeza, iaitu mengketengahkan, mengetengahkan, dan mengenengahkan. Berdasar-kan data korpus DBP, ketiga-tiga varian ini digunakan secara meluas oleh pengguna bahasa Melayu. Kebanyakan kajian lepas berkecen-derungan memilih satu varian sahaja sebagai bentuk yang tepat dan standard, manakala varian-varian yang lain itu dianggap sebagai bentuk yang salah dan tidak gramatis. Pendekatan sebegini bersifat preskriptif dan bertentang dengan ilmu linguistik moden. Sekiranya linguistik itu ialah ilmu yang bersifat deskriptif, maka teori linguistik yang berpada seharusnya mampu menangani kesemua varian ini, tambahan pula jika alternasi yang berlaku itu mempunyai motivasi fonologi dan bertepatan dengan sistem nahu bahasa berkenaan. Berbeza daripada pendekatan lampau, kertas ini cuba menangani fenomena kepelbagaian varian dalam kata terbitan bahasa Melayu secara deskriptif dengan meng-gunakan kerangka teori fonologi autosegmental. Kajian ini mendapati kesemua varian itu dijana oleh rumus-rumus fonologi yang asas yang mendasari sistem nahu bahasa Melayu.

Rujukan

1. Abdullah Hassan, 1987. Penerbitan Kata dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

2. Aitchison, J., 1978. Linguistics. Sevenoaks, Kent: Hodder & Stoughton (Teach Yourself Books).

3. Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Clements, George N. dan Elizabeth V. Hume, "The Internal Organisation of Speech Sounds" dim. John A. Goldsmith (peny.), 1996. The Handbook of Phono-logical Theory. Oxford: Basil Blackwell.

5. Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology (A Generative Approach). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malasyia.

6. Goldsmith. J. A., "An Overview of Autosegmental Phonology" dim. Linguistic Analysis 2, him. 23-68, 1976.

7. Halle, Morris, "Feature Geometry and Feature Spreading" dlm. Linguistic Inquiry. 26:1, hlm.1-46, 1995.

8. Hayes, Bruce, 1986. "Inalterability in CV Phonology" dim. Language 62, hlm. 321-351, 1986.

9. Kamus Dewan, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Kamus Dewan, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Kamus Dewan, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Kenstowicz, M., 1994. Phonology in Generative Grammar. Cambridge: Blackwell.

13. Nik Safiah Karim et al., 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Sagey. E.C., 1986. "The Representation of Features and Relations in Non-Linear Phonology". Disertasi Ph.D. Massachusetts: MIT.

15. Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16. Teoh Boon Seong, "Pola Suku Kata Dasar dalam Bahasa Malaysia" dlm. furnal Dewan Bahasa. 34:12, him. 904 - 918, 1990.

17. Zaharani Ahmad, 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2005-09-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ahmad, Z. (2005). Isu morfofonologi bahasa Melayu: menangani kepelbagaian varian dalam korpus. Jurnal Bahasa, 5(3), 53-77. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8601/4106