Ceritera sepanjang, seberang dan selepas garis 4' 10" utara: lakuan dan maksud penutur dalam kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

  • Hafriza Burhanudee Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Bahasa sering digunakan sebagai alat bujukan dalam kalangan negara yang menghadapi perselisihan, sebagai mekanisme penyelesaian, sama ada melalui perundingan diplomatik atau melalui mekanisme penimbangtaraan atau penghakiman, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.Dalam bahasa, terdapat tidak terkira banyaknya lakuan bahasa yang bermatlamat untuk menyampaikan, sama ada secara implisit mahupun eksplisit, maksud komunikasi para penutur yang terlibat. Makalah ini cuba menonjolkan maksud penutur melalui pelbagai jenis lakuan bahasa yang digunakan dalam pertuturan para peguam yang mewakili Malaysia dan Indonesia, dalam kes kedaulatan kedua-dua Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, pada 3-12 Jun 2002 di Mahkamah Keadilan Antara-bangsa. Data untuk makalah ini diambil khusus daripada catatan verbatim, yakni pertuturan kata demi kata Sir Elihu Lauterpacht, Q.C., C.B.E., ketua barisan peguam untuk Malaysia, dan Sir Arthur Watts, yang mengetuai barisan peguam untuk Republik Indonesia.

Rujukan

1. Crystal, David, 1991. A Dictionary of Linguistics and Phonetics. UK: Blackwell Publishers.

2. Davies, B. dan Harre, R., 1990. "Positioning: Conversation and The Production of Selves" dlm. Journal for The Theory of Social Behaviour. 20:1, hlm 25, 1990.

3. International Court of Justice, 2002. Sovereignty over Pulau Ligitan and Sipadan. Rakaman Verbatim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague: Netherlands pada 3-12 Jun 2002.

4. Krippendorf, Klaus, 1980. Content Analysis: An Introduction to Its Methodology. Beverly Hills, CA: Sage.

5. Leech, Geoffrey, 1987. Semantics. Harmondsworth: Penguin Books.

6. Searle, J., 1988. Speech Acts: An Essay in The Philosophy of Language. Cambridge: Cambridge University Press.
Telah diterbitkan
2005-09-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Burhanudee, H. (2005). Ceritera sepanjang, seberang dan selepas garis 4' 10" utara: lakuan dan maksud penutur dalam kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Jurnal Bahasa, 5(3), 105-131. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8603/4108