Peribahasa bahasa Melayu-peribahasa bahasa Cina: merungkaikan persamaan makna dan pertentangan dedua

  • Noor Aina Dani Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Masyarakat Melayu dan Cina mewarisi himpunan peribahasa yang banyak tetapi peribahasa bahasa Melayu lebih banyak diketahui oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan meneliti 30 peribahasa bahasa Melayu dan 30 peribahasa bahasa Cina, penyelidik mencari persamaan makna antara kedua-duanya. Selain itu, penyelidik menerapkan teori dekonstruksi untuk memperinci entiti, pertentangan dedua dan hierarki dominan yang wujud dalam peribahasa bahasa Melayu dan peribahasa bahasa Cina. Hasil kajian menunjukkan bahawa makna daripada pemikiran dan pengalaman hidup yang dilestarikan oleh orang Melayu dan orang Cina melalui peribahasa lebih banyak menunjukkan keserasian dan kesejajaran daripada perbezaan. Pemilihan unsur dalam penciptaan peribahasa masing-masing ada menunjukkan kelainan semasa memperkatakan sesuatu kejadian yang sama.

Rujukan

1. Abdullah Hussain, 1975. Canal Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, C.C., 1951. Malay Sayings. Singapura: Asia Pacific Press.

2. Du Feibao, 1998. Dragon and Phoenix. China: Xindeco Business Information Company.

3. http://faculty.goucher.edu/eng_105sanders/binary_oppositions.htm 6/20/2005.

4. http://flash.lakeheadu,ca/-adenotte/Deconstruction/kates.html 6/21/2005.

5. http://jupiter.phy.ohiou.edu/-rouzie/307j/binary.html 6/20/2005.

6. Luo Huayian, 2000. Xiandai Hanyu Yufa. Perak: Penerbitan Seni Hijau.

7. Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman, 2002. Kamus Peribahasa (Bahasa Melayu-Bahasa Cina). Shah Alam: Fajar Bakti.

8. Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman dan Rahman Shaari, 1977. Teman Pelajar Peribahasa untuk KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

9. Mita Rohana, "The Year of the Dog" dim. Wings of Gold, 8:2, 1982.

10. Zainal Abidin Ahmad, 2002. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2005-09-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Dani, N. (2005). Peribahasa bahasa Melayu-peribahasa bahasa Cina: merungkaikan persamaan makna dan pertentangan dedua. Jurnal Bahasa, 5(3), 132-161. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8604/4109