Isu percanggahan antara korpus dengan rumus di dalam kamus: peranan dan sumbangan ilmu linguistik teoretis
Abstrak
Kamus dapat dianggap sebagai satu pangkalan data yang menghim-punkan seluruh perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa yang meliputi kata dasar dan juga kata terbitan. Proses pembikinan kamus, khususnya kamus umum, lazimnya bersifat deskriptif, iaitu penyenaraian kata dibuat berdasarkan data korpus yang kontemporari sifatnya yang melambangkan penggunaan sebenar bahasa oleh penuturnya. Dari sudut linguistik, bahasa itu mempunyai sistem dan peraturan tersendiri dalam menghasilkan pelbagai jenis kata terbitannya, dan peraturan ini lazimnya dideskripsikan dalam bentuk rumus. Secara prinsipnya, korpus, rumus dan kamus haruslah selari dan tidak bercanggah antara satu sama lain kerana ketiga-tiganya dipetik daripada satu sumber yang sama, iaitu bahasa pengguna. Namun begitu, ada kalanya data daripada korpus didapati bercanggah dengan rumus yang sedia ada, dan ini mendatangkan persoalan dan permasalahan dalam penyusunan kamus. Untuk menangani permasalahan ini, kemajuan ilmu linguistik teoretis hams dimanfaatkan dengan meneliti dan menilai semula rumus sebelum ini, sama ada pendeskripsiannya berpada atau sebaliknya. Sekiranya kurang, rumus itu perlu diperbaik dan diperkemas kini agar percang-gahan dapat dihindari. Sehubungan dengan itu, kertas ini mem-bincangkan isu percanggahan antara korpus dengan rumus dalam kata terbitan bahasa Melayu dengan meneliti Kamus Dewan terbitan 1970, 1984 dan 1994. Kertas ini kemudiannya menyarankan satu analisis baharu agar, rumus dan korpus dapat disejajarkan tanpa sebarang percanggahan.
Rujukan
2. Abdullah Hassan, 1992. Kamus Ejaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
3. Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
4. Arbak Othman, 1989. Kanzus Pelajar Baru (Edisi KBSM). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
5. Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Broselow, E., 1995. "Skeletal Positions and Mora" dim. J. A. Goldsmith (ed.) The Handbook of Phonological Theory. Cambridge: Blackwell Publishers.
7. Clements, G.N. dan Keyser, S.J., 1985. CV Phonology: A Generative Theory of the Syllable. Cambridge: The MIT Press.
8. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1982. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi Kedua), 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Goldsmith, J.A., 1990. Autosegmental and Metrical Phonology. Cambridge: Basil Blackwell, Inc.
11. Hartmann. R.R.K., 1993. Leksikografi: Prinsip dan Amali. Diterjemah oleh Zainab Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Hayes, B., "Compensatory Lengthening in Moraic Phonology" dim. Linguistic Inquiry 20, hlm. 253-306,1989.
13. Kamus Bahasa Malaysia (Edisi Pelajar), 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (Terbitan Khas KBSM), 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1989. Jakarta: Balai Pustaka.
16. Kamus Dewan, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
17. Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
18. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
19. Kenstowicz, M., 1994. Phonology in Generative Grammar. Cambridge: Blackwell.
20. Nik Safiah Karim et al., 1989. Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21. Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
22. Zaharani Ahmad, 1993. Fonologi Generatif Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
23. Zaharani Ahmad, "Pemanjangan dan Penyisipan Vokal dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Autosegmental" dim. Jurnal Dewan Bahasa 44:12, hlm. 1202-1221, 2000.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.