Kata majmuk dalam perkamusan: satu analisis semantik dan pragmatik

  • Zaiton Ismail Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kata majmuk masih hangat dibincangkan meskipun telah ramai penahu menulis mengenainya. Pendapat dan hasil yang berbeza menyebabkan tiada penyelesaian seragam pada kata majmuk bahasa Melayu. Ada penahu yang menggunakan kriteria bentuk dan ada juga yang menyisipkan kriteria semantik bagi menghuraikan kata majmuk itu sendiri. Penghuraian ini menjadi lebih mengelirukan apabila ada pertindanan ciri dengan frasa nama bahasa Melayu. Ini sekali gus memberikan kesan kepada penyusunan kata majmuk itu sendiri dalam kamus. Makalah ini cuba menghuraikan perbezaan kata majmuk dengan frasa berdasarkan analisis semantik dan pragmatik. Kriteria semantik bercirikan ketidakbolehsisipan, ketidakbolehbalikkan dan imbuhan apitan akan dijadikan ujian kata majmuk, khususnya yang melibatkan kata majmuk kiasan. Ciri yang sama akan diterapkan pada kata majmuk bukan kiasan. Makalah ini juga menjelaskan bagaimana kata majmuk dapat dibezakan dengan frasa dan menentukan penyusunan yang lebih mantap dalam kamus.

Rujukan

1. Abdullah Hassan, 1974. The Morphology ofMalay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abdullah Hassan, 1987. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd..

3. Abdullah Hassan, 1994. Tatabahasa Dinamika: Berdasarkan Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.

5. Aishah Mandi, "Kata Majmuk dalam Bahasa Malaysia Hari Ini" dim. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 417-427, Jun 1978.

6. Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Carmel Heah Lee Hsia, 1989. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982. Keputusan dan Rumusan Bengkel Frasa Nama dan Kata Majmuk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Persidangan dan Keputusan MABBIM (1972-1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Harimurti Kridalaksana, "Kata Majmuk A+13-----AB" dim. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 11-20, Februari 1981.

12. Harimurti Kridalaksana, 1988. Beberapa Prinsip Perpaduan Leksem dalam Bahasa Indonesia. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

13. Hartmann, R.R.K., 1993. Leksikografi: Prinsip dan Amalan. Diterjemah oleh Zainab Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

14. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15. Kempson, R.M., 1991. Teori Semantik. Diterjemah oleh ZaitonAb. Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16. Liaw Yock Fang, 1999. Malay Grammar Made Easy: A Comprehensive Guide. Kuala Lumpur: Times Book International.

17. Nik Safiah Karim et al., 1997. Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19. Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20. Maizatul Akmar Mohd Amin, 2001. "Kata Majmuk Bahasa Melayu: Persoalan ciri" dlm. Dewan Bahasa, hlm. 48-53, September 2001.

21. Sperber, D. & Wilson, D., 1999. Relevans Komunikasi dan Kognisi. Terj. Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22. Zaharani Ahmad. 2001. Kajian Aspek Bahasa: Morfologi. Kertas kerja Konvensyen Bahasa Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2-4 Mei 2001.
Telah diterbitkan
2005-12-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ismail, Z., & Jalaluddin, N. (2005). Kata majmuk dalam perkamusan: satu analisis semantik dan pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(4), 173-200. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8613/4117