Tingkat kekerabatan bahasa Bidayuh di Sarawak

  • Noriah Mohamed Universiti Sains Malaysia
  • Hamidah Abdul Wahab Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Fokus utama makalah ini adalah untuk membandingkan kosa kata dasar empat bahasa Bidayuh, iaitu bahasa Biatah, bahasa Bau-Jagoi, bahasa Bukar-Sadong, dan bahasa Selako-Lara, dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa ini. Kemudian, kosa kata dasar keempat-empat bahasa ini akan dibandingkan pula dengan bahasa Melayu untuk meneliti hubungan sanak bahasa Bidayuh ini dengan bahasa Melayu. Kajian ini akan memanfaatkan kaedah perbandingan kosa kata dasar atau leksiko statistik untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan kosa kata keempat-empat bahasa ini. Perbandingan juga dilaksanakan untuk menentukan kata-kata yang berkognat, mengira peratus kognat antara bahasa tersebut, dan akhimya menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa yang berkenaan berasaskan jadual tingkat kekerabatan bahasa cadangan Gudschinsky (1964). Hasil analisis perbandingan kosa kata dasar menunjukkan bahawa keempat-empat bahasa Bidayuh tersebut bertaraf bahasa dalam keluarga bahasa Bidayuh, dan bukannya dialek daripada bahasa yang sama. Bahasa ini mempamerkan kesamaan/kemiripan dari segi bentuk dan makna kerana bahasa ini dipencarkan daripada bahasa induk yang sama, iaitu bahasa Bidayuh proto. Hubungan sanak antara bahasa Biatah, Bau-Jagoi dan Bukar-Sadong dengan bahasa Melayu didapati sudah agakjauh. Waiau bagaimanapun, bahasa Selako-Lara mempunyai hubungan sanak yang sangat dekat dengan bahasa Melayu. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memperjelas status linguistik bahasa Bidayuh di Sarawak, di samping memperlihatkan hubungan bahasa tersebut dengan bahasa Melayu.

Rujukan

1. Ahi Sarok, 1988. "Politik dan Perpaduan Masyarakat Bidayuh". Bahan internet di alamat http://www.bidayuh.com/article/message/58.html.

2. Alice Pu Ting, 1997. "Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu dan Bahasa Bidayuh: Suatu Perbandingan Sosiolinguistik". Latihan Ilmiah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

3. Asmah Haji Omar. "Pengumpulan Perbendaharaan Kata Bahasa-Bahasa Sarawak: Panduan untuk Penyelidik", dlm. Dewan Bahasa, hlm. 31-42, September 1981.

4. Asmah Haji Omar, 1982. Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Asmah Haji Omar, 1983. The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Asmah Haji Omar, 1983b. "Bahasa dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Kaum Bumiputera Sarawak" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 304-321, Mei 1983.

7. Asmah Haji Omar, 1991. Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Asmah Haji Omar, 1994. "Bahasa-Bahasa Bumiputera di Sarawak", dim. The Sarawak Museum Jorunal, Vol. XL VII, No. 68, hlm. 145-150, Disember 1994.

10. Dayak Bidayuh National Association (Research Works and Literature by Bidayuh's Educationalist and Intellectual), 2004. "Early Bidayuh". Bahan internet di alamat http://www.bjdayuh.com/dbna/Earlyb.html.

11. Gudschinsky, S., 1964. "The ABC's of Lexicostatistics (Glotochronology)", dlm. Dell Hymes, Language in Culture and Society, A Reader in linguistic and Society, A Reader in Linguistic and Anthropology. New York: Harper and Row, hlm. 612-623.

12. Gorys Keraf, 1984. Linguistik Bandingan Historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Junaidi Payne, 1994. This is Borneo. London: New Holland.

13. Kaboy, T. Sandin, B., 1968. "Dayaks ofLundu District", dlm. The Sarawak Museum Journal, Vol. XVI, NO. 32-33, hlm. 122-136, Julai-Disember 1968.

14. Kroeger, P.R., 1998. "Language Classification in Sarawak: A Status Report", dlm. The Sarawak Museum Journal, Vol. Liii (New Series), Disember 1998, hlm. 137-169.

15. Lam, R., "Bahasa Bidayeh Biatah dengan Rujukan kepada Kosa Katanya", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 823-841 , November 1986.

16. Lehmann, W., 1962. Historical Linguistics an Introduction. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

17. McMahon, A.M.S., 1994. Understanding Language Change. Cambridge: Cambridge University Press.

18. Minos, P., 2000. The Future of Dayak Bidayuhs in Malaysia. Kuching: Sarawak: Lynch Media & Services.

19. Noriah Mohamed, 1994. "Waktu Pisah dan Tingkat Kekerabatan Bahasa Melayu dengan Bahasa Iban", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 129-143, Februari 1994.

20. Noriah Mohamed, "Konsep Kekeluargaan Bahasa dan Kaedah Perbandingan dalam Linguistik Sejarah dan Perbandingan", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 129-143, Februari 1996.

21. Noriah Mohamed, 1999. "Pengelompokan Bahasa", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 1077-1107, Disember 1999.

22. Noriah Mohamed, 2001. "Perbandingan Kuantitatif Bahasa Miri dengan Bahasa Melayu", dim. Jurnal Bahasa, hlm. 378-397, September 2001.

23. Noriah Mohamed dan Alice Pu Ting, 1997. "Tinjauan Sosiolinguistik Kata Ganti Nama Diri Bahasa Bidayuh", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 592-602, Julai 1997.

24. Noriah Mohamed dan Rohani Mohd. Yusuf, 2003. "Persamaan dan Kemiripan Bahasa: Perbandingan Kosa Kata Dasar Sepuluh Bahasa Austronesia di Sarawak". Kertas kerja Seminar Brunei Darussalam-Jepun. Universiti Brunei Darussalam, 11-12 Ogos 2003.

25. Topping, D.M., 1987. "Penelitian Dialek Bahasa Dayak Darat di Sarawak", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 443-457, Jun 1987.
Telah diterbitkan
2004-09-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed, N., & Abdul Wahab, H. (2004). Tingkat kekerabatan bahasa Bidayuh di Sarawak. Jurnal Bahasa, 4(3), 452-483. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8615/4119