Bahasa mainan dalam bahasa Melayu: suatu analisis fonologi autosegmental

  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md. Suhada Kadar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Bahasa mainan adalah salah satu ragam bahasa yang dihasilkan oleh sekumpulan penutur dengan cara mengubah dan melakukan modifikasi ke atas struktur fonologi bahasa umum dengan tujuan untuk bersenda. Kebanyakan bahasa di dunia mempunyai bahasa mainannya yang tersendiri dan dikenali dengan pelbagai nama seperti bahasa rahsia, bahasa kod, penyamaran ujaran, permainan kata, bahasa ritual, permainan ujaran dan Iain-Iain (Bagemihl, 1996). Walaupun perubahan itu menyimpang daripada peraturan nahu bahasa sebenar, namun bentuk output yang terhasil itu masih boleh difahami oleh penuturnya. Ini menunjukkan bahawa perubahan atau penyimpangan yang dilakukan itu adalah sesuatu yang bersistematis dan dikawal oleh peraturan dan rumus-rumus tertentu. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi salah satu ragam bahasa mainan dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa mainan perubahan struktur suku kata yang pernah dihuraikan secara deskriptif oleh Azizul Rahman ( 1995) dan Ajid (1989). Analisis yang dikemukakan di sini menggunakan pendekatan teori fonologi autosegmental, dan kajian ini cuba menghuraikan rumus-rumus fonologi yang beroperasi dalam proses penderivasian yang menerbitkan kata mainan berkenaan.

Rujukan

1. Ajid Che Kob, 1989. "Samayama: Rahsia dalam Berbahasa" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 33(2):106-1171989.

2. Azizul Rahman Abdul Rahman, 1995. Bahasa Rahsia Bahasa Melayu. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Bagemihl, B., 1996. Language games dim. John. A Goldsmith. The Handbook of Phonological Theory. Oxford: Blackwell Publishers.

4. Goldsmith. J. A, 1976. An overview of autosegmental phonology. Linguistic Analysis 2:23-68.

5. Goldsmith, J.A., 1990. Autosegmental and Metrical Phonology. Cambridge: Basil Blackwell, Inc.

6. Md. Suhada Kadar, 2003. Bahasa Rahsia: Suatu Analisis Autosegmental. Kertas Projek Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

7. Teoh Boon Seong, "Fonologi: Satu Pendekatan Autosegmental" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 29(8):731-743 1986.

8. Teoh Boon Seong, 1994: The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Zaharani Ahmad, 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2004-09-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ahmad, Z., & Kadar, M. (2004). Bahasa mainan dalam bahasa Melayu: suatu analisis fonologi autosegmental. Jurnal Bahasa, 4(3), 484-505. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8616/4120