Objek sifar dalam ketransitifan bahasa Melayu

  • Mohd Ra'in Shaari Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Makalah ini membincangkan fenomena objek sifar dengan kata kerja transitif (KKT) meN-kan dalam bahasa Melayu. Penahu-penahu tersohor seperti Za'ba (1965), Asmah Hj. Omar (1993) dan Nik Safiah Karim et al. ( 1997) telah bersependapat bahawa setiap KKT wajib diikuti oleh objek sebagai penyambut. Walau bagaimanapun, terdapat suatu kontras yang agak nyata dalam kajian oleh Hashim Hj. Musa (1990), Darwis Harahap (1996), dan Wong Khek Seng (1990), iaitu mereka berpendapat bahawa objek selepas KKT boleh dihilangkan atau objek boleh berkeadaan sifar. Justeru, makalah ini mencuba mencari jawapan terhadap permasalahan objek sifar dalam frasa kerja transitif bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan terhadap data korpus berkomputer, didapati bahawa ten;iapat fenomena objek sifar dalam frasa kerja transitif. Secara tidak langsung, ini membolehkan struktur KKT + Objek Sifar terhasil dalam bahasa Melayu. Bagi menjelaskan perilaku struktur ini, kerangka teori Linguistik Kognitif dan teori Relevans akan diaplikasikan secara eklektik.

Rujukan

1. Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang, 1994. Nahu Melayu Maden. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

2. Asmah Hj. Omar, 1993. Nahu M elayu M utakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Darwis Harahap, 1996. Pembinaan Kata Kerja dari Sudut Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Hashim Musa, 1990. Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa. Kuala Lumpur: Penerbitan Nusantara.

5. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, 1997. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Ramli Md. Salleh, 2000. Teori Sintaksis. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Sew, J.W., 1999. Kata Kerja: Mempelopori Suatu Penilaian Semantik Baru. Dewan Bahasa. Jun: 530-537.

9. Sperber D., & Wilson D., 1999. Relevans: Komunikasi dan Kognisi. Terj. Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Van Valin, R., dan LaPolla R., 1997. Syntax: Structure, Meaning & Function. Cambridge: Cambridge University Press.

11. Van Valin R., 1999. "Generalized semantic roles and the syntax-semantics interface".
http://lingujstics.buffalo.edu/research/rrg/vanvalin papers/gensemroles.pdf (30 Jun 2003).

12. Vendler Zeno, 1967. Philosophy in Linguistics. Ithaca: Cornell University Press.

13. Wong Khek Seng, 1990. Objek dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Julai: 544-551.

14. Za 'ba, 1965. Pelita Bahasa Peng gal J. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2004-09-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Shaari, M. (2004). Objek sifar dalam ketransitifan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 4(3), 506-532. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8617/4123