Pendekatan fungsional dalam peningkatan mutu berita terjemahan

  • Rokiah Awang Universiti Sains Malaysia
  • Mashudi Kader Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Makalah ini membicarakan pendekatan fungsional sebagai satu kaedah dalam penterjemahan berita bahasa lnggeris kepada bahasa Melayu dalam akhbar berbahasa Melayu, khususnya Berita Harian (BH). Pendekatan fungsional dirasakan kaedah terbaik yang dapat meningkatkan mutu penterjemahan berita kerana ia memastikan setiap terjemahan yang dihasilkan sesuai dengan fungsi dan kehendak pengguna yang menggunakan terjemahan tersebut. Berdasarkan teori hierarki terjemahan Nord (1997), penterjemahan dilakukan secara atas-bawah (top-down) mengikut kepentingan pragmatiknya, yakni dengan mengutamakan aspek-aspek seperti tujuan penterjemahan serta perbezaan nilai norma dan konvensi antara teks sumber dengan teks sasaran. Setelah faktor-faktor ini dipenuhi, barulah aspek-aspek lain yang lebih rendah hierarki pragmatiknya seperti perbezaan bahasa dan kecenderungan penterjemah diambil kira pula. Aspek pragmatik ini memastikan berita dapat diterjemahkan secara bermutu dan berkesan kerana ia disesuaikan mengikut tujuan dan keperluan kepenggunaannya.

Rujukan

1. Nord, Christiane, 1997. Translating as a Purposeful Activity: Functionalist Approaches Explained. Manchester: St. Jerome Publishing.

2. Rokiah Awang, 2000. The Translation of English News into Malay in the Malay Newspapers of Malaysia. Tesis Ph.D., Universiti Sains Malaysia.

3. Schaffner, Christina, 1998. "Skopos Theory" dim. Baker, Mona (ed.), Routledge Encyclopedia of Translation Studies. Routledge: London/New York.
Telah diterbitkan
2004-09-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Awang, R., & Kader, M. (2004). Pendekatan fungsional dalam peningkatan mutu berita terjemahan. Jurnal Bahasa, 4(3), 554-572. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8619/4125