Kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu: suatu huraian fonologi
Abstrak
Kosa kata bahasa Melayu, secara umumnya, dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu (i) kosa kata natif atau asli, dan (ii) kosa kata pinjaman atau asing. Antara kata pinjaman asing yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu adalah yang berasal daripada bahasa Cina. Dari sudut fonologi, penyerapan kata pinjaman ini memperlihatkan dua fenomena yang berbeza. Pertama, kata pinjaman asing itu mengalami proses perubahan fonologi kerana ingin menepati dan mematuhi sistem dan peraturan nahu bahasa natif. Kedua, kata pinjaman ini mempertahankan dan meng~kalkan ciri sistem bahasa asing, justeru perealisasiannya bertentangan dan bercanggahan dengan sistem nahu bahasa natif. Fenomena kedua ini amat menarik kerana kemasukan ciri asing akan menyebabkan sistem bahasa natif menjadi lebih kompleks dan rencam. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba meneliti dan menghuraikan perilaku fonologi kata pinjaman bahasa Cina yang telah lama terserap dan menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Perilaku fonologi yang menjadi fokus perbincangan ialah fenomena kedua, iaitu yang melibatkan pengekalan ciri bahasa Cina yang bertentangan dengan sistem fonologi bahasa Melayu. Antara aspek fonologi yang disentuh ialah (i) harmoni vokal, (ii) rangkap nasal homorgan, (iii) reduksi vokal, dan (iv) nasalisasi vokal.
Rujukan
2. Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Kamus Dewan, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Kamus Dewan, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Kamus Dewan, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Kong Yuan Zhi, "Kata Pinjaman Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu (Bahagian Pertama)" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 37:8, hlm. 676-701, 1993.
7. Kong Yuan Zhi, "Kata Pinjaman Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu (Bahagian Kedua)" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 37:9, hlm.702-795,1993.
8. Langacker R. W., 1968. Language and Its Structure: Some Fundamental Linguistic Concepts. New York: Harcourt, Brace & World, Inc.
9. Mashudi Kader dan Yeong Ah Leok, "Pengaruh Bahasa Cina dalam Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia" dlm. Dewan Bahasa 33:4, hlm. 36-267, 1989.
10. Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Wilkinson R. J., 1932. Malay-English Dictionary (Romanised). London: Macmillan & Co. Ltd.
12. Yunus Maris, 1980 [ 1966]. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
13. Zaharani Ahmad, 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.