Harmoni vokal dalam bahasa Rungus dan Dusun Kimaragang: suatu analisis fonologi autosegmental
Abstrak
Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan proses fonologi harmoni vokal yang berlaku dalam dua bahasa suku kaum masyarakat Sabah, iaitu bahasa Dusun Kimaragang dan bahasa Rungus. Dari sudut pengelompokan bahasa, kedua-dua bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasa Dusun. Dalam memberikan penjelasan tentang proses harmoni vokal yang berlaku, kajian ini menerapkan pendekatan teori fonologi autosegmental. Kajian ini mendapati bahawa proses harmoni vokal yang berlaku dalam bahasa Dusun Kimaragang dan bahasa Rungus memperlihatkan beberapa ciri persamaan dan perbezaan. Dalam kedua-dua bahasa tersebut, proses harmoni vokal melibatkan penyebaran fitur [± rendah] yang bergerak dari kanan ke kiri, iaitu dari vokal kata dasar menu juke vokal imbuhan awalan. Penyebaran ini boleh berlaku secara berterusan melangkaui dua vokal berikutnya. Satu ciri yang membezakan kedua-dua bahasa ini adalah dalam bahasa Rungus penyebaran fitur [± rendah] dari vokal kata dasar boleh merentasi vokal tinggi /i/ dalam imbuhan awalan, manakala dalam bahasa Dusun Kimaragang penyebaran seperti ini tidak boleh berlaku. Perbezaan ini dapat ditangani dengan menganggap bahawa vokal /ii dalam bahasa Dusun Kimaragang mempunyai spesifikasi fitur [- rendah] di peringkat leksikalnya, sedangkan spesifikasi sedemikian tidak wujud dalam bahasa Rungus. Kehadiran fitur [- rendah] menghalang penyebaran fitur [ + rendah] ke vokal berikutnya kerana ini akan menyebabkan garis penghubung bersilang, manakala ketidakhadiran fitur [- rendah] membenarkan proses penyebaran berlaku tanpa sebarang penyilangan. Analisis ini dapat menjelaskan proses harmoni vokal dalam kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik dan berpada.
Rujukan
2. Goldsmith, J. A.,1990. Autosegmental and Metrical Phonology. Oxford: Basil Blackwell.
3. Goldsmith, I.A., 1996. The Handbook of Phonological Theory. Oxford: Blackwell Publishers.
4. Kenstowicz, M., 1994. Phonology in Generative Grammar. Oxford: Blackwell Publishers.
5. Pandir Lodah, 1992. Beberapa Aspek Morfologi Dusun Kimaragang. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Roca, I., dan Johnson, W., 1999. A Course in Phonology. Oxford: Blackwell Publishers.
7. Rosy Talin, 1990. "Pertuturan Rungus: Satu Bahasa yang Tersendiri atau Dialek kepada Bahasa Kadazan". Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
8. Schane, 1992. Fonologi Generatif (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Zaharani Ahmad, 1993. Fonologi Generatif. Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.