Bahasa dan pendidikan bahasa dalam konteks pembinaan tamadun dan masyarakat madani

  • Awang Sariyan Dewan Bahasa dan Pustaka

Abstrak

Makalah ini berfokus pada upaya menghuraikan peranan bahasa dan pendidikan bahasa dalam pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Huraian dilakukan dengan berasas pada pendekatan falsafah Islam. Dalam makalah ini, penulis menumpukan perbincangan pada beberapa asas pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Yang pertama ialah peranan bahasa dan pendidikan bahasa dalam pembentukan konsep diri insan yang digelar haiwan natik sebagai makhluk teristimewa ciptaan Tuhan. Adanya akal dan bahasa sebagai bahagian penting diri yang hakiki itulah yang memungkinkan manusia membina kebudayaan dan selanjutnya tamadun. Yang kedua ialah peranan bahasa sebagai wahana pemerolehan dan pengembangan ilmu sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat 31 Surah al-Baqarah tentang peristiwa Nabi Adam a.s. dikurniai oleh Tuhan nama sekalian kejadian di alam sarwajagat, iaitu isyarat yangjelas tentang pentingnya bahasa sebagai wahana ilmu. Dengan demikian penguasaan bahasa serta upaya belajar dan mengajarkan bahasa berkait rapat dengan proses pemerolehan dan pengembangan ilmu dan hal ini direalisasikan dalam pelaksanaan gagasan bahasa merentas kurikulum. Selanjutnya dibincangkan upaya pengislaman ilmu yang turut meliputi pengislaman disiplin linguistik, dengan pengertian penerapan tasawwur atau pandangan sarwa Islami dalam penanggapan tentang hakikat bahasa dalam konteks pembinaan tamadun.

Rujukan

1. Abdullah Yusuf Ali, 1983. The Holy Quran, Text, Translation, and Commentaries, Lahore: Sy. Muhammad Ashraf.

2. Abdullah Yusuf Ali, 1992.Al-Qur'anu'L-Karim Terjemahan dan Huraian Maksud. (Terjemahan Abu Salah Muhammad Uthman El-Muhammady). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Alparslan Acikgene, 1996. ''The Framework for a History of Islamic Philosophy". Al-Shajarah, 1,1 & 2:20.

4. Alston, W.P. 1964. Philosophy of Language. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

5. Alston, W.P. 1967. "Language, Philosophy of Language" dlm. Encyclopedia of Philosophy. New York: MacMillan.

6. Al-Attas , Syed Muhammad Naquib, 1969. Preliminary Statement on a General Theory of the lslamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1972 (a). "Konsep Baru mengenai Renchana serta Chara-Gaya Penelitian llmiah Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia" dlm. Buku Panduan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

8. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1972(b). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

9. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

10. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1995. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Wordview of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

11. Al-Faruqi, Ismail, 1991. "Kata Pengantar" dlm. Pengislaman llmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Al-Ghazali, 1980. lhya Ulumuddin. (Terjemahan H. Ismail Yakub). Indonesia: Penerbit Asli.

13. Al-Syaibany, Omar, 1991. Falsafah Pendidikan Islam. (Terjemahan Hasan Langgulung). Shah Alam: Hizbi.

14. Anwar Ibrahim, 1989. Menangani Perubahan. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

15. Awang Sariyan, 1997. "Falsafah Pendidikan Bahasa: Kajian Konsep dan Pelaksanaannya dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia". Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

16. Awang Sariyan, 1980. "Penyerapan Nilai-nilai Mumi dalam Pendidikan Bahasa". Jurnal Dewan Bahasa, 32, 10: 7320745.

17. Awang Sariyan, 1986. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18. Chomsky, N. 1966(b). Cartesian Linguistics. New York: Harper and Row.

19. Chomsky, N. 1967. "Recent Contributions to the Theory of Innate Ideas" dlm. Synthese, 17 (2-11).

20. Chomsky, N. 1968. Language and Mind. New York: Harcourt, Brace and World. (edisi yang diperluas, 1972).

21. Greenwood, J. 1985. Seminar on Language Across the Curriculum, Singapura: Regional English Language Centre (RELC).

22. Halliday, M.A.K. 1985. Seminar on Language Across the Curriculum, Singapura: Regional English Language Centre (RELC).

23. Hashim Musa, 1980. "Teori Innateness dan Konsep Asyhadu: Penghuraian Bahasa, Akal, dan Ilmu" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 24, 12:66-78.

24. Hashim Musa, 1991. Falsafah Bahasa Pengenalan kepada Bidang dan Sejarah Kajian. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

25. Hasan Langgulung, 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Shah Alam: Hizbi.

26. Hossein Nasr, Seyyed, 1976, Western Science and Asian Cultures. New Delhi: Indian Council for Cultural Relations.

27. Hossein Nasr, Seyyed, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28. Hossein Nasr, Seyyed, 1993. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29. Husain, S.S. dan S.A. Ashraf, 1989. Krisis dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

30. Marland, M. (ed.) Language Across the Curriculum. London: Heineman.

31. Mohd. Ali Abu Bakar, 1986. Kejadian Manusia dan Perjuangan Hidup. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

32. Muhsin Mahdi, 1970. "Language and Logic in Classical Islam" dlm. G.E. Von Grunebaum (ed.). Logic in Classical Islamic Literature. Wiesbaden: Otto Harrassowitz.

33. Nik Safiah Karim, 1993. Pengajian Melayu Menjelang Abad ke-21. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

34. Osman Bakar, 1992. Classification of Knowledge in Islam. Kuala Lumpur: lnstitut Kajian Dasar.

35. Osman Bakar, 1995(a). "Ke Arah Menghidupkan Semula Epistemologi Islam" dlm. Kesturi, 5, 2 (Disember): 5-6.

36. Russell, Bertrand, 1993. An Outline of Philosophy. London: Routledge.

37. Taha Jabir al-Alwani, 1989. Outlines of A Cultural Strategy. London: International Institute of Islamic Thought (IllT).

38. Tajul Ariffin Noordin, (ed.) 1986. Prosiding Pendidikan Sepadu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

39. Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991. The Beacon on the Crest of a Hill. Kuala Lumpur; International Institute of Thought and Civilization (ISTAC).
Telah diterbitkan
2002-03-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Sariyan, A. (2002). Bahasa dan pendidikan bahasa dalam konteks pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Jurnal Bahasa, 2(1), 1-28. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8653/4157