Yang dan transformasi nominal dan wacana sebelum abad ke-20: gaya verba dan nominal
Abstrak
Yang membezakan (1) "Orang itu memukul saya" dengan (2) "Orang yang memukul saya itu ... " (1) ayat lengkap, manakala (2) bahagian suatu ayat yang lanjutannya ditandai oleh / .. ./. (1) gaya verbal, manakala (2) gaya nominal. /yang/ pada (2) menjadikan "orang itu memukul saya" bahagian suatu ayat yang lebih panjang kerana ayat (2) hasil gabungan (1) dengan ayat lain. (2) ayat dengan gaya nominal. /yang/ pada 2 menominalkan ayat yang predikatnya kata kerja, atau verba, V. Tetapi /yang/ pada (4) "Gadis yang cantik itu ... " menominalkan ayat yang predikatnya adjektif, A, iaitu (3) "Gadis itu cantik". Secara kata, yang sinonim dengan nan. Gay a nominal juga mungkin berbentuk Ike- -an/, /peN- -an/ atau /per- -an/. Gaya verbal melukiskan gerak manakala gay a nominal menerangkan sesuatu. Ini memang terlihat pada wacana sebelum abad ke-20. /yang/ jarang ditemui pada bahagian teks yang melukiskan gerak, tetapi biasa ditemui pada teks yang menerangkan sesuatu. Selain itu, nan hanya ditemui pada puisi. Dan dalam perbandingan puisi dan prosa, struktur /yang A/ lebih kerap ditemui pada puisi sedangkan struktur /yang V/ lebih kerap pada prosa. Biasa juga dicatat bahawa gaya nominal dengan /ke- -an/, /peN- -an/ dan /per- -an/ jarang-jarang ditemui pada wacana sebelum abad ke-20.
Rujukan
2. Abdul Rahman al-Ahmady (ed.), 1994. Syair Siti Zubaidah Perang China: Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
3. Abdul Rahman Kaeh (ed.), 1997. Syair Madhi, Citra Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
4. Abu Hassan Sham, 1995. Syair-syair Melayu Riau. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
5. Cheah Boon Kheng dan Abdul Rahman Haji Ismail (ed.), 1998. Sejarah Melayu/The Malay Annals. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of Royal Asiatic Society.
6. Datuk Besar, R.A., dan R. Roolvink (ed.), 1953. Hikajat Abdullah. Jakarta: Djambatan.
7. Doctorow, E.L., 2000. City of God. London: Abacus.
8. Fillmore, Charles J., 1963 ''The Position of Embedding Transformation in a Grammar", dlm. Word, 19:208-231.
9. Jamilah Ahmad (ed.), 1989. Syair Bidasari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Khalid Hussain (ed.), 1966. Taj us-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Lees, Robert B., 1960. The Grammar of English Nominalization. IJAL 26, no.3 Part II.
12. Matheson, Virginia (ed.), 1982. Tuhfat al-Nafis. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
13. Samad Ahmad, A., (ed.), 1987. Hikayat Amir Hamzah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Saussure, Ferdinand de, 1916. Cours de Linguistique Generate. Lausanne-Paris: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Siti Hawa Saleh (ed.), 1970. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: University. of Malaya Press.
16. Umar Junus (1967a). Kaidah dan Latihan Pemakaian Kalimat Bahasa Indonesia, Jakarta: Bhratara (1985). Dari kata ke ideologi (diedit oleh Awang Sariyan), Petaling Jaya: Fajar Bakti.
17. Wells, Rulon S., 1960. "Nominal and verbal style", dlm. Thomas A. Sebeok (ed.) Style in Language. Cambridge & New York, MIT Press & John Wiley Witt, O.P.J.J., de 1948. De betekenis wereld van het lichaam, Nijmegen.
18. Yusof Md. Noor, Mohd. 1984. Salasilah Melayu dan Bugis. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.