Isu morfologi bahasa Melayu: kata dasar yang tidak boleh digandaseparakan
Abstrak
Penggandaan separa merupakan salah satu proses morfologi untuk menghasilkan kata terbitan bahasa Melayu. Kebanyakan kajian sebelum ini hanya menjelaskan bagaimana rumus-rumus morfologi dan fonologi itu berinteraksi antara satu sama lain dalam menghasilkan bentuk kata ganda separa yang gramatis. Sebaliknya, persoalan mengapakah sesuatu bentuk itu muncul sebagai tidak gramatis ataupun tidak pemah wujud dalam bahasa Melayu tidak diberikan penjelasan yang berpada. Justeru itu, makalah ini cuba memberikan penjelasan mengapakah kata dasar yang bermula dengan vokal dan kata dasar yang bersuku kata tunggal tidak boleh menjalani proses penggandaan separa. Dalam menangani isu ini, penulis akan menggunakan kerangka teori autosegmental model pemindahan melodi (Clements, 1985).
Rujukan
2. Kenstowicz, M. 1994. Phonology in Generative Grammar. Cambridge: Blackwell.
3. Marantz, A. 1982. "Rereduplication" dlm. Linguistic Inquiry 13: Hlm. 435-482.
4. Spenser, A. 1991. Morphological Theory. Oxford: Blackwell.
5. Striade, D. 1988. "Reduplication and Syllable Transfer in Sanskrit and Elsewhere" dlm. Phonology 5: Hlm. 73-155.
6. Zaharani Ahmad, 2000a. "Penggandaan Separa Bahasa Melayu: Suatu Analisis autosegmental" dlm. Dewan Bahasa 44: 7 Julai, hlm. 722-736.
7. Zaharani Ahmad, 2000b. "Pemanjangan dan Penyisipan Vokal dalam Bahasa Melayu": Suatu Analisis Autosegmental" dlm. Dewan Bahasa 44:12
Disember, him. 1202-1221.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.