Fonologi dan morfologi prosodik dengan aplikasinya dalam bahasa Melayu

  • Arbak Othman Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian ini cuba menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Chomsky dan Halle dalam bukunya The Sound Pattern of English (1968) untuk melihat aplikasi rumus ke atas sintaksis melalui pelaksanaan set rumus penyesuaian, selain rumus fonologi yang beroperasi ke atas leksikon. Pelaksanaan rumus-rumus ini berguna untuk memperinci fenomena prosodik yang bersifat morfologikal berdasarkan morfologi leksikal. Fonologi prosodik menggunakan kategori dalam kata seperti mora, suku kata, akar dan, kata fonologikal bagi melihat proses prosodik yang berlaku pada aras kata. Pada aras ini akan diperlihatkan rumus-rumus fonologi dengan suku kata atau kaki sebagai ranahnya. Dalam bahasa Melayu, rumus syarat penyukuan kata dapat berupa glotalisasi, aspirasi, labialisasi, dan palatali-sasi. Rumus labialisasi dan palatalisasi dihuraikan sebagai yang terlibat dalam pelaksanaan rumus morfologi prosodik, walaupun masih boleh juga dihuraikan dalam fonologi prosodik. Perbezaan ini ditunjukkan untuk menggambarkan kemungkinan unsur yang sama dapat dilakukan oleh proses melalui rumus-rumus dalam dua bidang prosodik yang berbeza tetapi saling mengisi. Teori morfologi prosodik McCarthy dan Prince (1988, 1990) digunakan untuk menghuraikan cara kata jamak dapat dibentuk oleh suatu kata minimal melalui pemetaannya ke atas kaki dalam bahasa Arab, mahupun bahasa Melayu. Ini ditunjukkan untuk membuktikan kemungkinan aplikasi hipotesis morfologi prosodik melalui penyukuan dan kehadiran mora dalam kata. Dalam bahasa Melayu ditunjukkan bagaimana rangkuman prosodik dapat beroperasi ke atas kata-kata yang mengambil prefiksa dan , selain proses afiksasi reduplikasi yang menentukan kehadiran vokal atau konsonan sebagai unsur akhir afiksa yang memberi sifat kepada kata bahasa Melayu. Proses reduplikasi dilihat juga dari segi penglibatan penyisipan afiksa < -em > dengan perubahan tertentu kepada vokal dan konsonan dalam kejadian kata ganda tertentu dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini, konsep keminimalan bagi kata digunakan sebagai syarat kehadiran mora dalam kata tertentu bahasa Melayu. Syarat pemuasan templat pula digunakan sebagai kriteria tambahan bagi membantu menentukan kebenaran kejadian kata-kata ganda daripada dua suku kata dalam bahasa Melayu iaitu, dasar minimalnya tidak dapat berdiri sebagai kata minimal bebas dalam bahasa Melayu. Pendek kata, rumus fonologi dan morfologi prosodik dapat, dalam banyak hal, menerangkan kejadian katakata daripada berbagai-bagai bentuk dalam bahasa Melayu.

Rujukan

1. Archangeli dan Pulleyblank, 1994. Grounded Phonology. London: The MIT Press.

2. Durand J., dan Katamba F. 1995. Frontiers of Phonology: Atoms, Structure, Derivations. London: Longman.

3. Goldsmith J.A. (ed.), 1995. The Handbook of Phonological Theory. Cambridge: Blackwell.

4. Kahn D. 1976. Syllable-Based Generalization in English Phonology. New York; Garland.

5. McCarthy dan Price, 1988. "Quantitative Transfer in Reduplicative and Templatic Morphology", dlm. Linguistics in the Morning Calm: Linguistic Society, Korea.

6. McCarthy dan Price, 1990. "Prosodic Morphology and Templatic Morphology" (ed.), Perpectives on Arabic Linguistics: Papers from the Second Symposium.

7. Nespor. M dan Vogel, 1986. Prosodic Phonology. Faris: Dordretch.

8. Selkirk, 1980. "Prosodic Domains in Phonology" dalam M. Aronoff dan Kean, (ed.), Juncture: Amma Libri.

9. Silkirk, 1982. "The Syyalble" dlm. Hulst, H.G. Van Der dan .Smith, (ed.), The Structure of Phonological Representations Part II. Faris: Dordretch.
Telah diterbitkan
2001-01-31
Bagaimana untuk memetik sitasi
Othman, A. (2001). Fonologi dan morfologi prosodik dengan aplikasinya dalam bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 1(1), 19-36. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8668/4172