Tetenunan dalam puisi
Abstrak
Makalah ini cuba menghuraikan dan membuktikan bahawa sesebuah puisi yang bermakna harus berupa wacana puitik yang utuh. Keutuhan wacana puitik ditinjau dari sudut penerapan teori pembentukan dan analisis linguistik yang dipadankan dengan puisi. Penerapan teori wacana dilihat dari segi pemenuhan kriteria seperti penyambungan, pengguguran atau penghilangan dan penggantian unsur dalam teks dalam tetenunan yang merangkum pengertian atau satuan maksud yang terikat serta mengekalkan keteraturan fikiran yang wujud secara terjalin dalam puisi.Tetenunan merupakan strategi yang membuktikan keteraturan fikiran yang membentuk apa yang dinamakan 'mesej' puisi. Tidak cukup dengan itu, pembinaan mesej juga ditinjau dari sudut kejadian maksud yang menjalin diksi berdasarkan ukuran kolokasi. Nyatalah bahawa puisi A.Aziz Deraman terbentuk sebagai wacana yang utuh berdasarkan aspek kolokasi ini. Keutuhan wacana puitik ditinjau juga dari segi peranan beberapa penanda wacana dalam teks yang bermakna. Kesemuanya itu ditinjau untuk membuktikan pembentukari mesej yang terselindung secara utuh di sebalik diksi dan mengaitkan kejadiannya dengan menggunakan perkaitan maklumat baharu dan lama yang terjalin dalam puisi, iaitu yang satuan mesejnya dicapai secara berkoherensi melalui interpretasi semiotik terhadap teks, iaitu puisi-puisi A.Aziz Deraman yang terrnuat dalam antologi puisi Kau dan Aku.
Rujukan
2. Asmah Haji Omar, 1980. "Analisis Wacana" (bahagian Pertama) dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 24(4): 11-25. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Asmah Haji Omar, 1980. "Analisis Wacana" (bahagian Kedua) dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 24(4): 9-25. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Azhar M. Simin, 1993. Sintaksis - Wacana "Yang" Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Beaugrande, R. de, dan Dressler, 1981. Introduction To Text Linguistics, London: Longman.
5. Blonsky, Marshall, 1979. "The Text Drive" dlm. Semiotics Unfolding, Vol. II. Amsterdam: Mouton.
6. Gutwinski, Waideman, 1972. Cohesion in Literary Text: A Study of Some Grammatical and Lexical Features of English Discourse. The Hague: Mouton.
7. Halliday, M.A.K. dan Hassan, R., 1976. Cohesion in English. London: Longman.
8. Harimurti Kridalaksana, 1978. "Keutuhan Wacana" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Harris, Zellig, 1952, "Discourse Analysis" dim. Language, 28-1-30.
10. Lutfi Ahas, 1979, "Analisis Wacana Sebuah Cerpen" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 23(12): 63-73. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Lutfi Abas, 1982, "Keindahan Sastera Melalui Analisis Wacana" dlm. Farid M. Onn (ed), Stilistik: Simposium Keindahan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah, 1997. Anal is is Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Stubbs. M. 1983. Discourse Analysis: The Sociolinguistic Analysis of Natural Language. Oxford: Basil Blackwell.
14. Tarigan Henry Guntur, 1995. Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Wong Khek Seng, 1993. "Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Awal", dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 37(4): 306-314. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Werth, P. 1984. Coherence and Emphasis. London: Croom Helm.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.