Bahasa sejarah Melayu: satu perbincangan mengenai bahasa dan ketokohan bahasa pengarangnya
Abstrak
BAHASA Sejarah Melayu bahasa kesusasteraan tinggi, yakni bahasa yang indah yang dihasilkan dengan menjalinkan unsur-unsur bahasa yang ada dalam irama yang harmonis yang pada masa yang sama menimbulkan gambaran yangjelas pada persepsi pembaca. Ciri ini tentu sahaja terletak pada kewibawaan pengarang menggunakan daya ciptanya dalam menyampaikan cerita yang bersepadu yang disertai dengan ideaideanya sendiri. Dari penggunaan bahasa dan wacana Sejarah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya dari kalangan istana, dan dapat memahami kitabkitab Arab. Di samping itu dia seorang intelektual dalam zamannya, dan juga seorang yang mempunyai sense of humour.
Rujukan
2. Asmah Haji Omar, 1991. Bahasa Melayu Abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqaid al-Nasafi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Asmah Haji Omar, 1995. Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Jnduk, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Linehan, W. 1947. "Notes on the Text of the Malay Annals", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol XX, Pt. II, December 1947, hlm. 105-116.
5. Sedjarah Melayu menurut terbitan Abdullah (ibn Abdulkadir Munsji) diselenggarkan kembali dan diberi anotasi oleh T.D. Sitrumorang dan Prof. Dr. A. Teeuw dengan bantuan Amal Hamzah, Penerbit Djambatan, 1952.
6. Windstedt, R.O. "The Malay Annals Again: Goa and the Kings of Singapore", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol XXII, Pt. l, 1949, hlm. 178-180.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.