Semantik, pragmatik dan leksikografl

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Leksikografi, iaitu ilmu yang berkaitan dengan penyusunan kamus merupakan salah satu bidang yang memerlukan penerapan ilmu linguistik. Makna menjadi nadi kamus. Jika berbicara mengenai makna, kita tidak boleh lari daripada membincangkan ilmu semantik dan pragmatik. Penerapan kedua-dua ilmu ini akan banyak membantu menyelesaikan masalah definisi makna secara amnya dan kelingkaran makna khususnya dalam kamus. Kelingkaran makna bukan sahaja gagal memberikan makna yang diperlukan, malah membosankan pengguna kamus. Makna yang diberikan saling merujuk makna yang satu. Contohnya, jika genus paras rupa yang berperanggukan cantik, lawa, jelita, manis, anggun, tampan, segak mempunyai makna yang berlingkar - cantik makna lawa, dan lawa makna cantik, dan seterusnya, maka pengguna akan gagal menikmati keperincian kosa kata Melayu. Pengguna bahasa juga tidak dapat membezakan darjah kecantikan antara kosa kata tersebut. Makalah ini memperlihatkan kelingkaran makna dengan terperinci serta cara-cara masalah ini dapat diatasi dengan pendekatan ilmu semantik dan pragmatik.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar, 1987, "Perkamusan Melayu: Satu Penilaian "Syarahan Memperingati Ulang Tahun Kesepuluh Koleksi Kebangsaan: Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Malaya.

2. Hartmann, R.R.K. (pyt),1993. Leksikografi: Prinsip dan Amalan (terj), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Kamus Dewan Edisi Pertama, 1970. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Kamus Dewan Edisi Cetakan Kedua (Dengan Tambahan), 1984, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur, Dewan, Bahasa dan Pustaka.

6. Newell, Leonard, E. 1995. Componential Analysis of Meaning: The Hague, Mouton Publishers.

7. Nida, E.A. 1975. Componential Analysis of Meaning, The Hague, Mouton Publishers.

8. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992, Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Sperber, D. dan D. Wilson, 1986, Relevance Theory: Communication and Cognition, Oxford, Basil Blackwell.

10. Teeuw, A. 1964. "Tentang Kamus dan Perkamusan Melayu", Jurnal Bahasa, Jld. 8(9), 388-389.

11. Weinreich, Uriel, 1980. On Semantics, USA. University of Pennsylvania Press.

12. Wawancara bersama Prof.A. Teeuw, 1999. Kamus Dewan 1. University of Leiden, Netherland.
Telah diterbitkan
2001-09-03
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N. (2001). Semantik, pragmatik dan leksikografl. Jurnal Bahasa, 1(3), 398-416. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8679/4182