Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan

  • Shaharir Mohamad Zain Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abd. Razak Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Mengikut kajian etimologi terhadap perkataan-perkataan Melayu untuk nombor, kami menyerlahkan lagi betapa perkataan-perkataan itu ada hubungan langsung dengan jari-jari sebelah tangan sahaja. Buat pertama kalinya, kami berhujah seterusnya bahawa itulah dalil linguistik yang kuat bahawa sistem nombor Melayu ialah sistem perlimaan (kuiner) atau persepuluhan (dener/desimal). Untuk ini kami menemui asal usul yang baharu bagi perkataan empat, enam dan puluh. Kemudian kami memperoleh buat pertama kalinya angka Melayu yang berasaskan jari-jari. Hal ini menunjukkan kemungkinan kuatnya orang-orang Melayu menggunakan jari-jari tangan mereka untuk melambangkan sesuatu nombor seperti yang diamalkan oleh orang-orang Eropah sebelum mereka mengambil angka Muslim (Arab) seluruhnya pada abad ke-17M dan amalan masa kini dalam pemiagaan bursa saham. Walaupun sistem nombor Melayu adalah perlimaan (kuiner) atau persepuluhan (dener/desimal), namun dalam penyukatan, mereka menggunakan sistem perempatan (kuarterner) yang boleh dibandingkan dengan Inggeris, umpamanya yang menggunakan sistem penyukatan berasaskan dua belas (perdua-belasan atau duodener/desimal) sedangkan sistem nombornya berasaskan sepuluh (persepuluhan). Sebab-sebab orang Melayu menggunakan sistem perempatan (kuarterner) juga dibincangkan. Sementara itu kami juga membicarakan sistem penyukatan masa lslam-Melayu yang bitara yang dicipta sekurang-kurangnya pada abad ke- 16M dan berupa kitaran delapan tahun (juga tekal dengan sistem perempatannya itu) yang dikenali sebagai daur kecil bagi suku kaum Melayu bukan Jawa dan windu bagi suku kaum Melayu-Jawa. Sistem penyukatan masa ini mempunyai empat variasi kerana perbezaan simbol abjad Arab yang digunakan (oleh itu nama tahunnya), iaitu yang boleh dinamai daur Acheh-Wilkinson, daur Acheh Al-Attas. daur Campa dan windu.

Rujukan

1. Abdul Razak Salleh, 1996. Unsur-unsur Matematik dalam Budaya Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan di ATMA, UKM. 15 Okt. 1996. Terbit dalam Kesturi 1999.

2. Asmah Haji Omar, l 993a. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Snt. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Snt. Pertamanya, 1986.

3. Asmah Haji Omar, 1993b. Susur Galur Bahasa Melayu. Cetakan, ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 1995a. Rekonstruksi Kata Bahsa Melayu lnduk. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Asmah Haji Omar, 1995b. Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Dantzig, T. 1954. Number. The Language of Science. Anchor Book. 4th ed. Revised and Augmented. Juga muncul dalam Shaharir bin Mohamad Zain (Pyt.), 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Gallop, A.T. 1994. Warisan Warkah Melayu. London: The British Library.

8. Howard, A. 1996. Bibliography of Malay Manuskript. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

9. Howell, W. 1900. Sea Dayak Dictionary. Singapore: American Mission Press.

10. lntan, 1991. Malaysia Kita. 1991. Kuala Lumpur. lntan.

11. Kamus Dewan, 1994. Snt. Ke-3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Md. Khair bin Haji Md. Taib, 1987. Taqwim Hijriah Khiriah, Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

13. Means, P.B . dan Means, N. 1987. Senoi-English Dictionary. Kuala Lumpur: Pelanduk.

14. Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim Nasir, 1990. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

15. Shaharir bin Mohamad Zain, 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Akademi Sains Islam Malaysia. Snt. Ke-2 terbit 2000.

16. Shaharir bin Mohamad Zain, 1988. Pembinaan Sistem Angka. Sangi: Badr Kubra.

17. Shaharir bin Mohamad Zain, 2000a. "Angka Melayu sebelum kedatangan Islam" dalam Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. 23: 187-220.

18. Shaharir bin Mohamad Zain, 2000b. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. Ke-2. Sangi: Pejabat Penerbit Univ. Kebangsaan Malaysia.

19. Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the 'Aqa 'id of al-Nasafi. Kuala Lumpur: Department of Publications, University of Malaya.

20. Tryson. D.T. (Pyt.), 1995. Comparative Austronesian Dictionary. New York: Monton De Gruyter.

21. Wilkinson, R.J. 1959. A Malay-English Dictionary. (Romanised), Bahagian I (AK) dan Sahagian II (L-Z). London: McMillan.

22. Winstedt, R.O. 1966. An Unabridged English-Malay Dictionary. Edisi Keempat. Kuala Lumpur & Singapore: Merican & Son Sdn. Bhd.
Telah diterbitkan
2002-09-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zain, S., & Salleh, A. (2002). Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan. Jurnal Bahasa, 1(3), 423-443. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8681/4184