Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: kajian sosiofonologi di sekolah

  • Shahidi Abd. Hamid
  • Idris Aman Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini ingin memperlihatkan bahawa sebutan bahasa Melayu sebenamya tertakluk kepada variasi sosial tertentu. Namun begitu, makalah ini juga berkaitan soal 'sebutan baku' memandangkan dalam bahasa Melayu standard, soal tersebut merupakan soal yang tidak dapat dielakkan. Pembuktiannya melalui kajian sosiofonologi di sekolah. Dua pemboleh ubah sosial yang diberi perhatian ialah gaya bahasa dalam tiga situasi formal dan faktor kenatifan penutur. Empat pemboleh ubah fonologi yang diteliti amalannya dalam gaya bahasa dan oleh penutur berkenaan ialah (a), (r), (i), dan (u). Secara umum didapati realisasi amalan keempat-empat pemboleh ubah fonologi tersebut oleh subjek adalah berbeza-beza, tertakluk kepada gaya bahasa tertentu. Waiau bagaimanapun, pemboleh ubah kenatifan didapati tidak mempengaruhi penggunaan pemboleh ubah fonologi berkenaan secara ketara, kecuali (r). Dapatanjuga menunjukkan wujudnya fenomena sebutan baku hanya agak berjaya dalam gaya bahasa berteks, kedwikelainan sebutan standard, dan kehadiran faktor kealamiahan sebutan dalam amalan penutur. Dirumuskan bahawa pengekabakuan sebutan bahasa Melayu yang berlaku kini merupakan penafian kewujudan variasi sosial dalam amalan penutur bahasa Melayu.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Asmah Haji Omar, 1988. "Bahasa baku: ke mana arahnya?" Kertas kerja Seminar Sehari Bahasa Malaysia . Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Asraf, 1989. "Sebutan baku bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik". Dalam Siri khazanah bahasa bil. 8 oleh Awang Sariyan dan Nik Safiah Karim (Peny.). Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

4. Awang Sariyan, 1984. Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Fadzilah Abd. Rahman dan Nor Zita Md. Yusuf, 2001. "Isu penggunaan dan pemansuhan sebutan baku bahasa Melayu". Kertas kerja Persidangan Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Serdang, Selangor. 22-23 Oktober 2001.

7. Hassan Ahmad,1988. Bahasa Sastera Buku: Cetusatz Fikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Holey, J. 1997. "Sociophonology". Dlm. Coulmas, F. (ed.). The Handbook of Sociolinguistics. Oxford: Blackwell. Hlm. 93-106.

9. Idris Aman. 2000. "Bahasa, Kuasa, dan Ideologi: Analisis wacana kritis sebutan baku bahasa Melayu", dalam. Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. 56Januari. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 121-133.

10. Idris Aman dan Shahidi Abd. Hamid, 1998. "Pengamalan sebutan baku di kalangan para pelajar menengah atas". Laporan Penyelidikan M/7197. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

11. Labov, W. 1972. Sociolinguistics Patterns. Philadelphia: University of Pennsylvania Press.

12. Milroy, J dan Milroy, L. 1991. Authority Language: Investigating Language Prescription and Standardisation. London: Routledge.

13. Trudgill, P. 1974. The Social Differentiation of English in Norwich. Cambridge: Cambridge University Press.
Telah diterbitkan
2001-12-03
Bagaimana untuk memetik sitasi
Abd. Hamid, S., & Aman, I. (2001). Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: kajian sosiofonologi di sekolah. Jurnal Bahasa, 1(4), 466-482. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8685/4188