Analisis Struktur Interaksi Wacana Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan Teori Analisis Perbualan Liddicoat dan Model Struktur Interaksi Asmah

  • Shamin Sharif Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Mohd Khaidir Abdul Wahab Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

Abstrak

Dalam konteks negara Malaysia, kajian yang berkaitan dengan struktur interaksi dalam sidang media masih kurang dilakukan. Pada umumnya, sidang media merupakan suatu platform untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Persoalan yang ingin dijawab oleh pengkaji dalam kajian ini ialah sama ada sesuatu sidang media yang dijalankan di Malaysia mempunyai struktur yang tersendiri atau tidak. Oleh itu, terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti struktur interaksi dan membincangkan susunan struktur interaksi yang terdapat dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan cara memuat turun rakaman daripada Youtube dan analisis kandungan teks. Bahan kajian merupakan rakaman sidang media COVID-19 pada 8 Mei 2021 yang ditranskripsikan kepada bentuk tulisan, iaitu dengan mengaplikasikan simbol transkripsi oleh Jefferson (2004). Setiap ujaran yang terdapat dalam transkripsi ini dianalisis dengan menggunakan kerangka Teori Analisis Perbualan oleh Liddicoat (2011) dan Model Struktur Interaksi oleh Asmah (2010). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan aspek struktur interaksi dalam sidang media ini, iaitu pembuka turutan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab, pengambilan giliran, pertindihan, pasangan bersebelahan, pembetulan dan penutup perbualan. Hal ini menunjukkan bahawa kepatuhan pemeran terhadap struktur interaksi dapat melancarkan sesi tanya jawab yang berlangsung, seterusnya membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan tepat. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa sidang media di Malaysia yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan sidang media yang mempunyai struktur tersendiri.


Kata kunci: Struktur interaksi, Teori Analisis Perbualan Liddicoat (2011), Model Struktur Interaksi Asmah (2010), sidang media, COVID-19, transkripsi

Rujukan

1. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Asmah Haji Omar. (2010). Wacana temu duga dan wawancara. Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Asmah Haji Omar. (2011). Teori dan kaedah nahu: Sejarah perkembangan aliran pemikiran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Azean Idurwani. (2018). Susunan interaksi dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini [Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.
5. Beden, S. (2020). Kesejajaran kesantunan bahasa dalam perutusan pakej rangsangan ekonomi prihatin dengan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Jurnal Linguistik, 24(1), 51-80.
6. Bernadas, C. J. M. A., & Llagan, K. (2020). Journalism, public health, and COVID-19: Some preliminary insights from the Philippines. Media International Australia, 177(1), 132-138.
7. Clayman, S. E. (2013). Conversation analysis in the news interview. Dlm. Sidnell, J & Stivers, T. (Eds.), The handbook of conversation analysis. Blackwell.
8. Creswell, J. W., & Creswel, J. D. (2018). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (5th Ed.). Sage Publications Inc.
9. Heritage, J. (1992). Garfinkel and ethnomethodology. Polity Press.
10. Hutchby, I. (2005). Media talk: Conversation analysis and the study of broadcasting. Open University Press.
11. Indirawati Zahid & Arina Johari. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis konteks perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(4), 168-185.
12. Jefferson, G. (2004). Glossary of transcript symbols with an introduction. Dlm. G. H. Lerner (ed.), Conversation analysis: Studies from the first generation. 13-23, John Benjamins.
13. Junaini Kasdan, Rusmadi Baharudin & Anis Shahira. (2020). Covid-19 dalam korpus peristilahan bahasa Melayu: Analisis sosioterminologi. GEMA OnlineĀ® Journal of Language Studies, 20(3), 221-241. http://doi. org/10.17576/gema-2020-2003-13
14. Liddicoat, J. A. (2011). An Introduction to conversation analysis. Athenaeum Press Ltd.
15. Maslida Yusof, Rusmadi Baharudin, Salinah Ja'afar & Karim Harun. (2022). Lakuan tutur terima kasih: Strategi pragmatik yang digunakan dalam kalangan generasi Z Melayu. Jurnal Bahasa, 22(1), 1-28.
16. Mohamad Elmy & Exzayarani. (2020). Analisis neologisme: COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 58-79. https://doi.org/10.37134/pendeta. vol11.edisikhas.5.2020
17. Nur Amirah Che Soh. (2015). Struktur perbualan dalam filem Anak Bapak [Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.
18. Nur Amirah Che Soh. (2020). Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan [Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.
19. Roslina Mamat. (2004). Analisis perbualan penutur asli bahasa Jepun: Satu kajian pengambilan giliran dan aizuchi [Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
20. Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim & Normaliza Abd Rahim. (2012). Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun. GEMA Onlineā„¢ Journal of Language Studies, 12(3), 849-863.
21. Rosmah Derak, Nor Ain Manap & Arfah Ahamad. (2020). Impak pandemik COVID-19 dalam penulisan puisi di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 49-57. https://doi. org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.5.2021
22. Sacks, H., Schegloff, E. A., & Jefferson, G. (1974). A simplest systematics for the organization of turn-taking for conversation. Language, 50(4), 696-735.
23. Sanchez, J. C. A., Guibarra, N. I. L., & Zamora, P. P. (2021). Media agenda and press conferences on COVID-19 in Mexico: An analysis of journalists' questions. International Journal of Environmental Research and Public Health, 1-12.
24. Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. (2021, 8 Mei). Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=yPCHEsQKrko&t=3057s
25. Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya & Rohaidah Haron. (2021). Daya ujaran dalam wacana perutusan perdana menteri mengenai COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (Edisi Khas), 72-80. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.7.2021
26. Ten Have, P. (2007). Doing conversation analysis: A practical guide. Sage.
27. Usami, M. (2000). Basic transcription system for Japanese no kaihatsu ni tsuite.
28. http://nihongo.human.metrou.ac.jp/mic-J/houousho/mojika.html
29. Wooffitt, R. (2005). Conversation analysis and discourse analysis a comparative and critical introduction. SAGE Publications.
Telah diterbitkan
2023-10-31
Bagaimana untuk memetik sitasi
Sharif, S., & Abdul Wahab, M. (2023). Analisis Struktur Interaksi Wacana Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan Teori Analisis Perbualan Liddicoat dan Model Struktur Interaksi Asmah. Jurnal Bahasa, 23(2), 225-258. doi:10.37052/jb23(2)no2