Variasi Dialek Pulau Pinang: Analisis Geolinguistik
Abstrak
Geolinguistik menggabungkan geografi dan linguistik, serta menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk memeta dan mencari sempadan dialek sesuatu bahasa dengan tepat varian leksikal dalamnya. Dialek Melayu di negeri Pulau Pinang yang bersempadan dengan negeri Kedah, Perlis dan Perak dikenal pasti menggunakan teknologi GIS. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti penggunaan dan penyebaran variasi leksikal "kapal", "kuih" dan "panas", serta menjana pemetaan isoglos dan kolopret variasi leksikal ini di negeri Pulau Pinang dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian Geolinguistik ini dimulakan dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat melalui kajian lapangan di 27 buah kampung di seluruh daerah di negeri Pulau Pinang. Jumlah kampung yang sedikit disebabkan oleh saiz Pulau Pinang yang kecil. Seramai 123 responden daripada generasi tua dan muda telah disoal siasat. Kajian ini telah membuktikan bahawa varian leksikal "kapal", "kuih" dan "panas" adalah berbeza-beza. Varian ini dapat membantu penemuan dialek baharu, iaitu Pulau Pinang, Kedah, dan Patani Sik, serta menandakan penyebaran ini dengan tepatnya.
Kata kunci: Geographical Information System (GIS), dialek Pulau Pinang, koroplet, dialek Kedah, dialek Patani Sik, isoglos
Rujukan
2. Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Amir Imran Jamil. (2019). Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: Kajian geolinguistik. GEOGRAFIA Online™ Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 16-29.
4. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaludin, Harishon Radzi, Junaidi Kasdan & Muhammad Faiz Aizuddin Suhaimi. (2019). Dialek Melayu Perlis: Pemetaan geodialek beraplikasikan GIS. Akademika, 89(2),139-154.
5. Harishon Radzi, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2018). Menyingkap penyebaran dialek di Pulau Pinang menerusi kajian multidisiplin. Persidangan Antarabangsa Linguistik (PaLing@UKM 2018).
6. Indra Sisworo. (2010). Penelitian sosial budaya, geolinguistik bahasa dan folklor Desa Rejasari Kota Banjar. Laporan Kuliah Kerja Lapangan.
7. Mifta Huzaena & Sri Munawarah. (2018). Bahasa Sunda di Jalawastu: Perspektif sosio-geolinguistik. Faculty of Humanities, 2, 195-212.
8. Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi Abdul Hami (2010). Variasi dialek Pahang: Keterpisahan berasaskan jaringan sungai. Jurnal Melayu, 5, 315-332.
9. Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi & Khairul Ashraaf Saari. (2019). Penyebaran pengaruh dialek Melayu Thai di Malaysia: Analisis GIS. Journal of Nusantara Studies, 4(2) 362-389.
10. Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad & Harishon Radzi. (2016). Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Online® Journal of Language Studies, 16(1), 109-123.
11. Nor Hashimah Jalaluddin, Siti Noraini Hamzah & Zaharani Ahmad. (2014). Variasi dialek Melayu di Perak Utara: Analisis Geolingustik. Jurnal Linguistik, 18(2), 30-46.
12. Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Dialek Melayu di Perak: Analisis geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(2), 69-82.
13. Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: Pendekatan geographical information system (GIS). Akademika, 88(1), 137-152.
14. Tatang Suparman, Wagiati, Nani Darmayanti & Wahyu. (2018). Nama permainan tradisional Sunda di Kecamatan Ibun Kabupaten Bandung: Kajian geolinguistik. Metahumaniora, 8(1), 29-38.
15. Wahyu, Fatimah Djajasudarma & Elvi Citraresmana. (2017). Istilah alat teknologi tradisional pertanian sawah Unda Wuluki ‘Bajak’ dan persebarannya secara geografis. Jurnal Sosioteknologi, 16(2), 211-217.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.