Pelestarian Dialek Kelantan di Besut dan Kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri

(The Preservation of the Kelantanese Dialect in Besut and Its Connection with Identity Formation)

  • Siti Rahimah Mustaffa Universiti Putra Malaysia
  • Raja Masittah Raja Ariffin Universiti Putra Malaysia
  • Adi Yasran Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Sharifudin Yusop Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Masyarakat Besut ialah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting untuk menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini bertujuan menghubungkaitkan dialek dengan jati diri masyarakat Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, kerangka teori pembentukan jati diri yang diubah suai daripada Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf dan teori gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam penetapan jati diri mereka. Selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut.


Kata kunci: dialek Kelantan, negeri Terengganu, Besut, masyarakat Besut, jati diri

Biografi Penulis

Siti Rahimah Mustaffa, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Raja Masittah Raja Ariffin, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Adi Yasran Abdul Aziz, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Mohd Sharifudin Yusop, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di persimpangan: antara jati diri dengan rempuhan globalisasi". Kemanusiaan, 16, 59-81.

Asmah Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, J.K dan Trudgill, Peter. (1990). Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman, Rosniah Mustaffa, Zaharani Ahmad, Jamilah Mustafa, dan Mohammad Fadzeli Jaafar (2011). Aksen kebangsaan. Aksen bahasa kebangsaan, realiti identiti integrasi (17-23). Idris Aman (ed). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jufrizal, Zul Amri dan Refnaldi. (2007). Hipotesis Sapir-Whorf dan struktur informasi klausa pentopikalan bahasa Minangkabau". Linguistika, 14(26), 1-22.

Kramsch, C. (1998). Language and culture. Oxford: Oxford University Press.

Lee Yok Fee. 2011. Identiti harian dalam subjektiviti Cina Malaysia. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, 2(2), 68-87.

Majtanova Miroslava. (2012). Pengukuhan Identiti dalam Konteks Kumpulan berkaitan. Bahasa dan Pembinaan identiti. Roslina Mamat, Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Lim Choon Bee (ed.). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mat Hussin Dollah. (1989). Besut dari perspektif sosio-politik 1700-1900. Pesaka V. Dato' Setia Jasa & Mohd. Yusof Abdullah (ed.). Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Bahasa dan budaya masyarakat Melayu di Pulau Kokos, Australia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Raja Masittah Raja Ariffin. (2010). Analisis kata kerja dan frasa kerja bahasa Melayu di Pulau Home, Australia. Jurnal Bahasa 10:2, 298-231.

Sa'adiah Mat Alip. (2011). Sikap bahasa dan identiti: kajian kes masyarakat Narum, Sarawak dlm Jurnal Melayu 6, 57-72.

Sapir, E. (1921). Language: an introduction to the study of speech. New York: Harcourt, Brace & World.

Saville-Troike, Muriel. (1991). Etnografi komunikasi: suatu pengenalan. Diterjemah oleh Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Singh, Isthla. (2000). Language and ethnicity. Linda dan Wareing, Shan (ed.). Language, Society and Power, ( 83-97). USA dan Kanada: Routledge.

Yulia Esti Katrini. (2010). Teori gelombang dalam bahasa Jawa dialek Banyumas. Open Journal Systems,Vol 20(9):16-23 http://jurnal.utm.ac.id/index.php/mt/article/view/475. Dicapai pada 5.5.2015.

Zainal Abidin bin Masleh. (2011). Kajian Etnolinguistik Terhadap Kelestarian Bahasa Bhuket dan Bahasa Lahanan di Daerah Belaga, Sarawak. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan): Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.
Telah diterbitkan
2018-01-25
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mustaffa, S., Raja Ariffin, R., Abdul Aziz, A., & Yusop, M. (2018). Pelestarian Dialek Kelantan di Besut dan Kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Bahasa, 17(1), 145-173. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/876/1415

Kata Kunci

dialek Kelantan, negeri Terengganu, Besut, masyarakat Besut, jati diri.