Deiksis Persona: Kata Ganti Nama Diri dalam Rancangan Rampai Pagi Segmen Daerah
Abstrak
Bahasa dapat dikaji dari pelbagai sudut berbeza, termasuklah dari aspek pragmatik. Pragmatik ialah kajian berkenaan interpretasi ujaran, termasuklah penginterpretasian ayat yang taksa dan eliptik. Kajian ini memfokuskan deiksis yang merujuk rujukan bagi kata yang silih berganti bergantung pada penutur, waktu dan tempat kata tersebut dituturkan. Kajian ini dilakukan berlandaskan deiksis persona, iaitu satu daripada lima deiksis yang dicadangkan oleh Levinson (1983). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti deiksis persona yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah, serta untuk menghuraikan dan membincangkan makna di balik penggunaan deiksis persona. Kajian yang dilakukan hanya tertumpu pada satu daripada segmen yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi, iaitu segmen daerah Tutong, Belait dan Temburong, yang ditayangkan pada 20 Januari 2020. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga yang menjurus kepada penggunaan deiksis persona dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah. Penggunaan deiksis persona yang mementingkan konteks perbualan memudahkan pengguna untuk mengetahui maksud sebenar perbualan bagi mengelakkan kekaburan atau kekeliruan. Dengan mengetahui fungsi kata ganti nama diri dalam perbualan atau pertuturan, penginterpretasian makna menjadi lebih jelas.
Kata kunci: Bahasa, pragmatik, konteks, deiksis, deiksis persona, kata ganti nama
Rujukan
1. Abdullah Hassan. (2013). Linguistik am: Siri pengajian dan pembelajaran bahasa Melayu. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
2. Agustina. (1995). Pragmatik dalam pengajaran bahasa Indonesia. IKIP Padang.
3. Aminnudin Saimon & Lisa Licson. (2023). Penggunaan aspek deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Jurnal Bahasa, 23(1), 147-168. https://doi.org/10.37052/jb23(1)no6
4. Eti Ramaniyar. (2015). Dieksis bahasa Melayu dialek Sintang Kecamatan Serawai: Kajian pragmatik. Jurnal Pendidikan Bahasa, 4(2), 198-209.
5. Hazlenayati Norosam Elyani. (2008). Deiksis: Penggunaannya dan interpretasinya dalam teks iklan perniagaan [Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan]. Universiti Brunei Darussalam.
6. Kamus bahasa Melayu Brunei. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
7. Kamus bahasa Melayu Nusantara. (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
8. Kamus dewan edisi keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Levinson, S. C. (1983). Pragmatics. Cambridge University Press.
10. Maya Defrilyana, Mangatur Sinaga & Elvrin Setyanti. (2021). Deiksis persona dalam acara mata najwa episode "vaksin siapa takut?". Gurindam: Jurnal Bahasa dan Sastra, 1(2), 65-70.
11. Mees, C. A. (1969). Tatabahasa dan tatakalimat. University of Malaya Press.
12. Nababan, P. W. J. (1987). Ilmu pragmatik: Teori dan penerapannya. Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
13. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (1993). Tatabahasa dewan (Edisi baharu). Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Nurul Shahida Jamil, Maslida Yusof & Karim Harun. (2016). Deiksis sosial dalam interaksi masyarakat Melayu Kedah. Geografia Malaysia Journal of Society and Space, 12(11), 44-61.
16. Sharidah Hairena Sharbini. (2002). Deiksis tempat dan deiksis masa dalam bahasa Melayu Brunei [Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan]. Universiti Brunei Darussalam.
17. Siti Hamnah Budin. (2007). Deiksis kata ganti nama diri dalam dialek bahasa Melayu [Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan]. Universiti Brunei Darussalam.
18. Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor. (2002). Tatabahasa Melayu mesra pengguna. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.