Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010): Satu Mekanisme Penginterpretasian Metafora yang Bermodular
Abstrak
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora. Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat. Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular. Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stover (2010). Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat. Oleh itu, ungkapan metafora "api" yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik. Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
Kata Kunci: Kognitif, metafora api, Model Hibrid Baharu, pemikiran Melayu, prosedur penginterpretasian, Hanna Stover
Rujukan
2. Aristotle. (1992). The art of rhetoric. Harper Press.
3. Asmah Haji Omar. (2021). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Barsalou, L. W. (1999). Perceptual symbol systems. Behavioral and Brain
Sciences, 22, 577-660.
5. Biennale, M. (2019). Sungai. https://www.facebook.com/makassarbiennale/videos/sungai-sebagai-penghubung-antara-hulu-dan-hilir-sekaligus-menunjukkan-komitmen-m/2453717004850402/
6. Carston, R. (2002). Thoughts and utterances: The pragmatics of explicit communication. Blackwell Publishing.
7. Eisner, E. W. (1991). The enlightened eye: Qualitative inquiry and the enhancement of educational practice. Macmillan.
8. Gibbs, R. W. (1999). Taking metaphor out of heads and putting it into the cultural world. Dlm. R. W. Gibbs, & G. J. Steen (Eds.), Metaphor in cognitive linguistics (146-166). John Benjamins. https://doi.org/10.1075/cilt.175.09gib
9. Hashim Awang. (1998). Budaya & kebudayaan: Teori, isu dan persoalan. Citra Budaya.
10. Hasmidar Hassan. (2006). Kata hubung DAN dan TETAPI: Satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
11. Hasmidar Hassan. (2023). Kajian linguistik bahasa Melayu bersumberkan korpus. Kekuatan dan kelemahannya. Jurnal Pendeta, 14(1). https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.fa.2.2023, https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8082
12. Hassan Ahmad. (2003). Metafora Melayu: Bagaimana pemikir Melayu mencipta makna dan epistemologinya. Akademi Kajian Ketamadunan.
13. Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu (pesanan terakhir pejuang bahasa). Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal. (2009). Manifestasi nilai setia berdasarkan Teori Hibrid. Jurnal Bahasa, 9(1), 19-39. https://jurnalbahasa.wordpress.com/2009/11/19/jurnal-bahasa-jilid-9-bil-1-jun-2009/
15. Hishamudin Isam. (2012). Manifestasi leksis setia dari perspektif linguistik kognitif [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
16. Imran Ho-Abdullah & Norsimah Mat Awal. (2005). Pengkonsepsian dan pemetaforaan ‘hati’. Jurnal Bahasa, 5(4), 1-36.
17. Johnson, M. (1987). The body in the mind: The bodily basis of meaning, imagination and reason. The University of Chicago Press.
18. Kamus dewan edisi keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
19. Kempson, R. M. (1977). Semantic theory. Cambridge University Press.
20. Kesedaran bahaya kebakaran: Pembelajaran kadet bomba dan penyelamat. (2021). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2021/07/BAB_4_KESEDARAN_BAHAYA_KEBAKARAN.pdf
21. Korpus DBP. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. https://sbmp.dbp.gov.my/korpusdbp/
22. Kovecses, Z. (2002). Metaphor: A practical introduction. Oxford University Press.
23. Lakoff, G., & Johnson, M. (1980). Metaphor we live by. University of Chicago Press.
24. Levinson, S. C. (1985). Pragmatics. Cambridge University Press.
25. Minikeeva, A. A., Sadykova, A. G., & Med, N. G. (2020). Cognitive linguistic approach to the integrated theory of metaphor. Jurnal Artículos, 25(7), 243-249. https://doi.org/10.5281/zenodo.4009702
26. Mohammad Haris Abd Azis. (2021, 2 April). Seni dan budaya tradisi perlu anjakan paradigma. https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1947937
27. Muhamad Fadzllah Zaini. (2016). Metafora adat dalam pantun Melayu. https://www.researchgate.net/profile/Muhamad-Zaini/publication/302583501_Metafora_ADAT_Dalam_Pantun_Melayu_Analisis_Teori_Hibrid/links/573194eb08ae6cca19a27794/Metafora-ADAT-Dalam-Pantun-Melayu-Analisis-Teori-Hibrid.pdf
28. Nor Hashimah Jalaluddin. (2004). Masa dan masyarakat Melayu: Peradaban berterusan. Jurnal Dewan Bahasa, 4(2). https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8553
29. Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
30. Noor Nazirah Jaafar. (2016) Metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing: Analisis Teori Hibrid [Projek ilmiah yang tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi MARA.
31. Nur Faizzah Mohd Zalkanil. (2016). Metafora hati dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari: Satu analisis Teori Hibrid [Projek ilmiah yang tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi MARA.
32. Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Metafora kasih dalam teks Melayu tradisional: Analisis Teori Hibrid. Jurnal Linguistik, 17(1). https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/89
33. Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Metaphor of amok in traditional Malay text corpora: An analysis using the Hybrid Theory. International Conference on Knowledge-Innovation-Excellence: Synergy Language Research and Practice.
34. Rozaimah Rashidin, Nor Umiumairah Mohamad & Zuraidah Jantan. (2023). Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka. Jurnal Bahasa, 23(1), 113-146. https://doi.org/10.37052/jb23(1)no5.
35. Rozaimah Rashidin. (2016). Metafora emosi dalam data korpus teks tradisional Melayu: Analisis Teori Hibrid [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
36. Soenjono, D. (2007). Psikolinguistik: Memahami asas pemerolehan bahasa. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
37. Sperber, D., & Wilson, D. (1986). Inference and implicature. Dlm. T. Charles (Ed.),
Meaning and interpretation (245-256). Basil Blackwell.
38. Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognitive (edisi ke-2). Wiley-Blackwell.
39. Stefanowitsch, A. (2006). Corpus-based approaches to metaphor and metonymy. Dlm. A. Stefanowitsch & S. T. Gries (Eds.), Corpus-based approaches to metaphor and Metonymy (1-16). Mouton de Gruyter. https://doi.org/10.1515/9783110199895
40. Stover, H. (2010). Metaphor and Relevance Theory: A New Hybrid Model [Tesis doktor falsafah yang diterbitkan, University of Bedfordshire]. University of Bedfordshire Repository.
41. Tenas Effendy. (2008). Kearifan orang Melayu berbahasa. Syarahan Raja Ali Haji. Persatuan Linguistik Malaysia.
42. Tendahl, M. (2008). A Hybrid Theory of metaphors: Relevance Theory and cognitive linguistic [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti of Dortmund.
43. Tendahl, M. (2009). A Hybrid Theory of metaphors: Relevance theory and cognitive linguistics. Palgrave Macmillan.
44. Tendahl, M., & Gibbs, R. W. (2008). Complementary perspectives on metaphor:
Cognitive linguistics and Relevance Theory. Journal of Pragmatics, 40(11), 1823-1864. https://doi.org/10.1016/j.pragma.2008.02.001
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.