Dialek Hulu Kedah: Satu Pengelompokan Baharu
Abstrak
Makalah ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di Baling, Kedah, Malaysia. Dialek di kawasan ini dipersepsikan oleh penutur lokal sebagai unik dan berbeza berbanding dengan dialek Melayu Kedah yang piawai. Oleh sebab wujud persepsi yang sedemikian, beberapa siri kunjungan lapangan dilakukan ke kawasan Baling bagi mengumpulkan data dialek. Tujuannya adalah untuk menjawab dua pertanyaan asas dalam dialektologi diakronik, iaitu: (i) apakah ciri fonologi dialek di Baling yang menjadikannya berbeza daripada dialek Melayu Kedah yang piawai dan dialek Melayu lain?, dan (ii) apakah hubungan dialek Melayu di Baling dengan dialek yang dibandingkan itu? Bagi menjawab pertanyaan ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dengan memanfaatkan sebanyak 643 item leksikal dalam daftar kata, termasuklah rakaman perbualan. Data yang telah dipungut itu kemudiannya dianalisis menggunakan kerangka dialektologi diakronik yang memfokuskan pemerian inovasi bersama dan pengekalan, serta perbandingan antara dialek. Pemerian inovasi bersama dan pengekalan dalam aspek fonologi adalah bagi tujuan pengelompokan. Beberapa inovasi dan pengekalan fonologi membuktikan dua perkara. Pertama, dialek Melayu di Baling terpisah daripada cabang dialek Melayu Semenanjung Utara. Dengan erti kata lain, dialek tersebut bukan subdialek bagi dialek Kedah piawai. Kedua, oleh sebab dialek Melayu di Baling terpisah daripada induknya yang sering diuar-uarkan selama ini dan berkongsi persamaan dengan dialek Melayu lain yang terdapat di sekitarnya, dialek tersebut membentuk cabangnya yang tersendiri. Cabang yang dimaksudkan ini dikenali sebagai cabang dialek Melayu Hulu Semenanjung Utara. Cabang ini terdiri daripada dialek yang dituturkan oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Hulu Kedah yang merangkumi Baling, Sik, Kuala Nerang, Padang Terap dan Hulu Perak Utara. Selain linguistik, hubungan akrab dialek dalam cabang ini juga turut diperkukuh dengan bukti sejarah dan sosiologi. Implikasi penemuan makalah ini yang terpenting ialah kewujudan cabang baharu dalam dialek Melayu Semenanjung Utara yang perlu diangkat dalam pengelompokan dialek Melayu Semenanjung secara umum.
Kata kunci: Dialektologi, dialek hulu Kedah, fonologi diakronik, pengelompokan, inovasi, pengekalan
Rujukan
2. Abdullah Hassan. (1966). Perbandingan tatabunyi antara dialek Kedah dengan dialek Perak [Tesis sarjana muda yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
3. Adelaar, K. A. (1992). Proto-Malayic: The reconstruction of phonology and parts of its morphology and lexicon. Pacific Linguistic C-119. Australian University Press.
4. Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Andersen, H. (1988). Center and periphery: Adoption, diffusion, and spread. Dlm. J. Fisiak (Ed.), Historical dialectology, regional and social (39-83). Mouton de Gruyter.
6. Asmah Haji Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Asmah Haji Omar. (1979). Darulaman: Essay on linguistic, cultural and socio-economic aspects of the Malaysian state of Kedah. Penerbit Universiti Malaya.
8. Asmah Haji Omar. (1991). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Asmah Haji Omar. (2015). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan (edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu (edisi ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Blevins, J. (2008). Natural and unnatural sound patterns: A pocket field guide. Dlm. K. Willems & L. D. Cuypere (Eds.), Naturalness and iconicity in language (121-148). John Benjamins.
12. Blust, R., & Trussel, S. (2013). The Austronesian comparative dictionary: A work in progress. Oceanic Linguistics, 52(2), 493–523. https://www.trussel2.com/ACD/
13. Chambers, J. K., & Trudgill, P. (1998). Dialectology. Cambridge University Press.
14. Collins, J. T. (1983a). Dialek Ulu Terengganu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
15. Collins, J. T. (1983b). Dialek Pahang: Rangka pengenalan. Dewan Bahasa, 27, 99-118.
16. Collins, J. T. (1985). Dialek Melayu Pulau Tioman dan rekonstruksi bahasa Melayu purba. Dewan Bahasa, 5, 369-383.
17. Collins, J. T. (1986). Pendahuluan. Dlm. J. T. Collins (pengumpul dan penterjemah), Penyusunan salasilah bahasa di Malaysia: Kumpulan karya R. A. Blust. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
18. Collins, J. T. (1996). Khazanah dialek Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
19. Collins, J. T. (1998). Bahasa Melayu Hulu Tembeling: Menjejaki sejarah semenanjung. Dewan Bahasa, 2, 145–157.
20. Collins, J. T. (2016a). Wibawa bahasa: Kepiawaian dan kepelbagaian (edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.
21. Collins, J. T. (2016b). Dialek Melayu Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka.
22. Crowley, T., & Bowern, C. (2010). An introduction to historical linguistics. Cambridege University Press.
23. Hajek, J. (2010). Aspiration in some varieties of northern aslian. Oceanic Linguistics, 49(2), 359-368.
24. Ismail Hussein. (1973). Malay dialects in Malay peninsula. Nusantara, 3, 69-79.
25. Labov, W. (1994). Principles of linguistic change, vol. 1: Internal factors. Wiley-Blackwell.
26. Mahsun, M. S. (1995). Dialektologi diakronis: Sebuah pengantar. Gadjah Mada University Press.
27. Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani & Mohd Tarmizi Hasrah. (2023). Aspirasi sebagai penanda identiti dialek Melayu Baling. Dlm. Maslida Yusuf, Karim Harun & Rahim Aman (pnyt.), Bahasa dan identiti masyarakat tutur. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
28. Mohd Tarmizi Hasrah & Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani. (2021). Dialek Melayu Baling: Satu pemerian awal. Jurnal Bahasa, 21(2), 1-15.
29. Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A. Hamid. (2013). Inovasi dan retensi dalam dialek Hulu Tembeling. Gema Online Journal of Language Studies, 13(3), 211-221.
30. Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A. Hamid. (2014). Fosil dialek Hulu Pahang. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
31. Mohd Tarmizi Hasrah. (2018). Dialek Melayu hulu dan hilir di timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Bahasa, 18(1), 65-102.
32. Mohd Tarmizi Hasrah. (2020). Dialek Pasir Raja: Ciri fonologi dan pengelompokan. Jurnal Bahasa, 20(2), 173-202.
33. Mohd Tarmizi Hasrah. (2022). Dialek Melayu hulu di timur Semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
34. Muhammad Hassan Mohd. Arshad. (1968). Al-Tarikh salasilah negeri Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
35. Norshahila Mohamad Razak. (2012). Analisis konsonan nasal akhir kata dalam dialek Hulu Tembeling: Satu pendekatan sosiofonetik [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
36. Nothofer, B. (1996). Dialek Melayu Bangka. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
37. Nur Faslin Sulaiman. (2015). Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
38. Nur Habibah Che Rosdi & Rahim Aman. (2020). Varian Hulu Perak Utara: Fenomena di Gerik dan Pengkalan Hulu. Jurnal Melayu, 19(2), 216-243.
39. Nur Habibah Che Rosdi, Rahim Aman & Shahidi A. Hamid. (2019). Dialektologi Hulu Perak Utara: Implementasi sinkronik. Jurnal Linguistik, 23(2), 61-82.
40. Nur Habibah Che Rosdi, Rahim Aman & Shahidi A. Hamid. (2023). Dialek Hulu Perak Utara: Pendekatan linguistik perbandingan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
41. Nur Syazwani Salam & Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2019). Perilaku fonologi konsonan di akhir kata dialek Petani Sik. Journal of Nusantara Studies, 4(1), 316-343.
42. Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
43. Shahidi A. Hamid. (2009). Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara. Jurnal Bahasa, 9(2), 302-325.
44. Shuib Ismail. (1971). Dialek Kedah pesisiran: Satu kumpulan teks serta pembicaraan linguistik [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
45. Swadesh, M. (1951). Diffusional cumulation and archaic residue as historical explanations. Southwestern Journal of Anthropology, 7(1), 1-21.
46. Takarian, D., & Pieter, C. (1998). Kamus bahasa Melayu Ambon-Indonesia. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
47. Trudgill, P. (2011). Sociolinguistic typology: Social determinants of linguistics complexity. Oxford University Press.
48. Umaiyyah Umar. (1999). A classification of Thai-Kedah dialect using phonological characteristics [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
49. Van Minde, D. (1997). Malayu Ambong. The Netherlands Research School CNWS.
50. Wu, J. (2023). Malayic varieties of Kelantan and Terengganu: Description and linguistic history. Netherlands Graduate School of Linguistics.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.