Analisis Lakuan Pertuturan dalam Filem Adiwiraku Menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle
Abstrak
Lakuan pertuturan merupakan ujaran yang mempunyai makna mengikut konteks tertentu. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan pertuturan dalam filem Adiwiraku dengan menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle. Teori ini membahagikan lakuan pertuturan kepada lima kategori, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif, lakuan komisif dan lakuan deklaratif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan teks ujaran dialog dalam filem Adiwiraku. Data yang dikumpulkan dikategorikan mengikut kategori dalam Teori Lakuan Pertuturan Searle. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat jenis lakuan pertuturan yang diujarkan dalam filem ini, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif dan lakuan komisif, manakala lakuan deklaratif tidak terdapat dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada semua pihak tentang cara sesuatu komunikasi berfungsi dalam kehidupan seharian, terutamanya apabila melibatkan interaksi sosial dan pendidikan. Pemahaman tentang lakuan pertuturan amat penting untuk membolehkan seseorang itu memahami perkara yang diujarkan ketika berkomunikasi antara satu dengan lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pembaca untuk mengkaji aspek pragmatik dalam komunikasi dengan lebih mendalam yang melibatkan media, seperti filem yang sering menjadi cerminan sebenar kehidupan dan interaksi sosial masyarakat di sesebuah negara.
Kata kunci: Lakuan pertuturan, ujaran, filem, Adiwiraku, Teori Searle (1969), pendidikan
Rujukan
2. Abd Ganing Laengkang. (2018). Analisis lakuan bahasa terhadap teks khutbah Jumaat Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor, 2(1), 1-18.
3. Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan pertuturan dalam filem Nordin Ahmad. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(1), 33-52. https://ejurnal.plm.org.my/index.php/jurnallinguistik/article/view/201/159
4. Austin, J. L. (1962). How to do things with words. Clavendon Press.
5. Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Fara Dell & Barnabas Sembiring. (2018). An analysis of directive speech acts by Searle Theory in Sleeping Beauty movie script. Journal of English Education and Teaching (JEET), 2(1), 22-27.
7. Haslinda Saad & Ahmad Mahmood Musanif. (2014). Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara. MAHAWANGSA, 1(1), 101-119.
8. Jessica Nuwie Anak Jackson & Hamidah Abdul Wahab. (2023). Lakuan bahasa berunsur sindiran dalam kandungan video YouTube Sarawak, NgekTsaiArmy Official. Trends in Undergraduate Research, 6(1), f20-31. https://doi.org/10.33736/tur.5570.2023
9. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Normah Ahmad, Amirah Ahmad & G. Sharina Shaharuddin. (2020). Lakuan bahasa permintaan dalam kalangan pelajar Melayu di Akademi Pengajian Bahasa di UiTM Shah Alam. Jurnal Linguistik, 24(2), 1-16.
11. Nur Alia Najwa Yatiseman & Zainatul Shuhaida Abdull Rahman. (2020). Analisis lakuan bahasa ekspresif dalam filem Arus Merah (2020) melalui watak protagonis dan antagonis. ARTe: Art & Expression, 3(2), 31-35.
12. Nur Atikah Ibrahim & Maslida Yusof. (2020). Sindiran dalam media sosial: Perspektif lakuan bahasa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(2), 269-288.
13. Nurul Syuhada Shuib & Maslida Yusof. (2019). Lakuan bahasa dalam ceramah agama. Akademika, 89(Isu Khas), 41-53.
14. Roswati Abdul Rashid, Satoshi Masutani, Noor Rohana Mansor & Roslina Mamat. (2019). Penelitian lakuan bahasa pujian dalam komunikasi silang budaya pelancongan Malaysia. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(1), 23-48.
15. Saidatul Nornis Mahali. (2012). Situasi peristiwa dan lakuan bahasa dalam kalang sama. Akademia, 82(1), 3-14.
16. Searle, J. R. (1969). Speech acts: An essay in the philosophy of language. Cambridge University Press.
17. Siti Nur Adibah Sabarudin & Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan pertuturan dalam video infografik COVID-19. Jurnal Bahasa, 21(2), 325-352.
18. Zanariah Ibrahim, Maslida Yusof & Karim Harun. (2017). Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu, 16(2), 163-179.
19. Zuraini Ramli, Norliza Jamaluddin & Alizah Lambri. (2023). Penyelidikan itu mudah! Panduan penyelidikan bahasa dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.