Garis Panduan Penulis
Penulis diminta untuk mematuhi garis panduan penyerahan makalah seperti di bawah:
- Penghantaran makalah adalah menerusi http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/ sahaja.
- Penyumbang boleh menghubungi editor pengurus jurnal melalui e-mel syukri@dbp.gov.my atau menerusi talian telefon, 03-21479257 jika menghadapi masalah penghantaran.
- Makalah ditulis dalam bahasa Melayu sahaja dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan (bercetak atau dalam talian).
- Jumlah perkataan antara 4000 hingga 8000 patah perkataan.
- Teks makalah menggunakan jenis muka taip teks Times New Roman.
- Guna tiga peringkat tajuk maksimum.
- Inden setiap perenggan melainkan perenggan pertama.
- Makalah yang mengandungi ejaan dan simbol yang tidak dapat dibaca dalam Microsoft Word perlulah disertakan dalam format PDF.
- Makalah haruslah mengandungi judul, maklumat penyumbang, abstrak, kata kunci, pendahuluan, kajian lepas, metodologi, analisis dan dapatan, perbincangan, kesimpulan, penghargaan (jika ada) dan rujukan dengan perincian seperti yang berikut:
Judul
- Judul dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Maklumat Penyumbang
- Nama
- Afiliasi
- E-mel
Abstrak
- Abstrak antara 150 hingga 250 patah perkataan.
- Abstrak perlu mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, jenis data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
- Abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Kata Kunci
- Enam kata kunci dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Nota
- Nota seminimum mungkin dan hanya nota hujung yang dibenarkan.
- Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.
Penghargaan
- Penghargaan boleh ditujukan kepada agensi pendanaan, fakulti atau jabatan yang terlibat dalam penulisan makalah ini.
Sumbangan Pengarang
- Nyatakan peranan setiap pengarang.
Pernyataan Ketersediaan Data
- Nyatakan ketersediaan data untuk dikongsi.
Perisytiharan Konflik Kepentingan
- Isytiharkan konflik kepentingan dari segi kewangan dan bukan kewangan.
Rujukan
- Rujukan menggunakan gaya American Psycological Association (APA) Edisi Ketujuh.
- Rujukan daripada sumber yang berwibawa.
- Rujukan lebih daripada 15 rujukan dan perlu ada rujukan daripada jurnal.
- Rujukan yang diberikan lengkap maklumatnya, dan ada rujukan terkini.
- Setiap rujukan yang ada dalam teks mesti ada dinyatakan dalam senarai Rujukan di belakang teks.
- Contoh gaya APA adalah seperti yang berikut:
Artikel jurnal:
Atieh Farashaiyan & Tan Kim Hua. (2012). A cross-cultural comparative study of gratitude strategies between Iranian and Malaysian postgraduate students. Asian Social Science, 8(7), 139-148.
Buku:
Asmah Haji Omar. (2008). Bahasa Melayu di samudera (Edisi ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kertas Kerja:
Mohammad Fadzeli Jaafar & Idris Aman. (24 November 2008). Aksen bahasa kebangsaan penutur Melayu tegar dialek? [Pembentangan kertas kerja]. Simposium aksen bahasa kebangsaan: Realiti, identiti, dan integrasi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rujukan dalam Teks
- Nyatakan nama penulis, tahun terbit dan halaman (jika ada). Contoh: (Crystal, D., 1987:10) atau Crystal (1987)
Hak Cipta
- Penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian. (Muat Turun Borang Pengisytiharan dan Penyerahan Hak Cipta)
- Penulis yang ingin menerbitkan semula makalah tersebut perlu mendapatkan keizinan DBP dan menyatakan sumbernya.