Analisis Kata Progresif 'sedang' Bagi Predikat Pencapaian dalam Bahasa Melayu

(The Analysis of the Progressive Verb 'Sedang' for Achievement Predicates in Malay)

  • JEWELLARY Anak BUMPOH Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nuruljannah Ayob Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Maslida Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini bertujuan menganalisis kata progresif "sedang" bagi kelas predikat pencapaian bahasa Melayu. Progresif memberikan peranan kepada sesuatu yang bukan keadaan, iaitu kepada lakuan dan proses, serta boleh muncul secara natural dengan kata kerja bukan keadaan. Dalam bahasa Melayu, penanda yang merujuk perbuatan yang terus berlangsung dan belum selesai biasanya ditandai oleh kata kerja bantu aspek sedang, tengah (bahasa kolokial untuk sedang) dan masih. Namun demikian, kajian ini hanya memfokuskan kata progresif "sedang" sahaja untuk menentukan kelas predikat pencapaian. Kelas predikat pencapaian merujuk pertukaran sesuatu keadaan dengan kadar yang segera. Dalam sesuatu jangka masa pendek, sesuatu perubahan boleh mewujudkan sesuatu keadaan yang baharu. Dengan itu, kelas predikat pencapaian ditandai sebagai satu lakuan yang mempunyai titik penamat. Kebiasaannya, kelas predikat pencapaian menerangkan perubahan yang segera daripada sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang baharu. Kajian ini memanfaatkan data daripada sumber pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka serta dianalisis menggunakan konsep semantik teori tatabahasa peranan dan rujukan (TPR) - Van Valin (2005) dan pendekatan Rothstein (2004). Pengkaji terdahulu menjelaskan bahawa bahawa kata progresif sedang tidak boleh hadir dengan ayat kelas predikat pencapaian. Namun begitu, janaan data korpus menyangkal pernyataan tersebut.


Kata kunci: kata progresif sedang, kelas predikat pencapaian, teori tatabahasa peranan dan rujukan, data korpus, bahasa Melayu.

Biografi Penulis

JEWELLARY Anak BUMPOH, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Nuruljannah Ayob, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Maslida Yusof, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof. (2006). Representasi semantik preposisi dalam kata kerja bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 17, 112-135.

Mohd Shaffie Abu Bakar. 1987. Metodologi penyelidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Salleh, Maslida Yusof & Karim Harun. (2013). Klasifikasi aktionsart predikat keadaan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 13 (2), 192-216.

Sistem Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rothstein, Susan. (2004). Structuring event: a study in the semantic of lexical. United Kingdom.

Van Valin, R., (2005). Exploring the syntax-semantics interface. Cambridge: Cambridge University Press.

Vendler, Z., (1967). Linguistics in philosophy. New York: Cornell University Press.

Zaharani Ahmad. (2008). Aspek nahu praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zsofia Gyarmathy. (2015). Achievements, durativity and scales. Berlin: Logos Verlag Berlin GmbH.
Telah diterbitkan
2018-01-26
Bagaimana untuk memetik sitasi
BUMPOH, J., Ayob, N., & Yusof, M. (2018). Analisis Kata Progresif 'sedang' Bagi Predikat Pencapaian dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 17(2), 359-374. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/2274/1423