Ciri Tekstual Perbilangan

(Textual Features of Perbilangan)

  • Idris Aman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohammad Fadzeli Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Perbilangan ialah lakuan bahasa yang merepresentasikan sesuatu mesej, adat, aturan dan nilai bagi pedoman masyarakat, yang dihasilkan dalam bahasa yang indah, halus, berkias serta dalam struktur rangkap. Makalah ini membicarakan perbilangan dari dimensi ciri tekstualnya. Melalui pendekatan analisis dalaman teks yang meliputi organisasi seluruh teks, kombinasi klausa, perihal pilihan klausa dan sifat perbilangan, serta berbantukan nahu fungsional dan berasaskan sehimpunan perbilangan yang bertemakan sistem nilai, kekeluargaan, politik, ekonomi, hukum adat dan perlapisan, beberapa ciri tekstual perbilangan telah dikenal pasti. Sebahagian besar ciri yang ditemui ini belum pernah dibincangkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa perbilangan ialah sejenis bentuk lakuan bahasa yang unik. Keunikan perbilangan adalah pada ciri tekstualnya yang pelbagai; tidak sangat pada nilai atau mesej yang dikandungnya. Nilai atau mesej boleh sahaja disampaikan dengan ayat atau ungkapan biasa yang terus terang. Ciri tekstualnya itulah yang membezakannya daripada jenis lakuan bahasa ataupun puisi Melayu yang lain. Ciri tekstual itulah juga yang menyebabkan mesej atau nilai yang dikandungnya dapat disampaikan dengan lebih berkesan, santun, tak langsung dan melambangkan budaya tinggi.


Kata kunci: perbilangan, ciri tekstual, analisis dalaman teks, nilai, mesej, aturan, adat

Biografi Penulis

Idris Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Mohammad Fadzeli Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Aiani Sudeen. (2000). Penulisan perbilangan adat: satu sorotan awal. Warisan. 23. 15-29.

Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu mutakhir (edisi baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fairclough, N. (2001). The discourse of new labour: Critical discourse analysis. Dlm. Wetherell, M., Taylor, S. & Yates, S.J. Discourse as Data: A Guide for Analysis. London: Sage. 229-266.

Fairclough, N. (2003). Analysing Discourse: Textual Analysis for Social Research. London and New York: Routledge.

Halliday, M.A.K. (1994). An Introduction to Functional Grammar. Second edition. London: Arnold.

Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Aman & Norsimah Mat Awal. (2017). Aspek kesejajaran dalam perbilangan adat berdasarkan analisis stilistik. Akademika. 87(1), April, 8701-8721.

Mohd. Rosli Saludin. (1998). Teromba: Kajian tema, nilai dan estetika. Tesis sarjana sastera Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Yusof Md. Nor. (1994). Perlambangan dalam perbilangan adat perpatih: satu pandangan umum. Dlm. A. Samad Idris, Horhalim Ibrahim, Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (pnyt.). Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan & Kerajaan Negeri Sembilan. 403-411.

Nordin Selat. (1982). Sistem sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Norhalim Hj. Ibrahim. (t.t.). Perbilangan puisi warisan Melayu Asli. Padang: Pustaka Budi.

Norhalim Hj. Ibrahim. (2003). Teromba Johol (salasilah Johol dan asal Undang Johol). Warisan. 26. 86-88.

Norhana Bakhary. (2014). Strategi kesantunan berbahasa masyarakat adat perpatih dan kata perbilangan. Jurnal Bahasa 14(2), 239-271.

Norhanisah Ab. Wahab. (1997). Penggunaan bahasa dalam perbilangan adat perpatih. Penulisan ilmiah Universiti Putra Malaysia.

Norhayati Idris. (2013). Perbilangan adat perpatih cerminan jati diri Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Mengenai Melayu.

Sete Ramlah Lazis. (1986). Perbilangan dalam adat perpatih di Negeri Sembilan dilihat dari segi bentuk dan bahasa. Latihan Ilmiah Universiti Sains Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (1994). Adat perpatih mencabar zaman: suatu ulasan seimbas pandang. In Abdul Samad Idris, Horhalim Ibrahim, Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (pnyt.). Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan & Kerajaan Negeri Sembilan. 166-178.

Taylor, S. (2001). Locating and conducting discourse analytic research. In Wetherell, M., Taylor, S. & Yates, S.J. Discourse as Data: A Guide for Analysis. London: Sage. hlm. 5-48.

Winstedt. R.O. (1931). A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yaacob Idrus & Norzali Ibrahim. (1987). Teromba dan perbilangan adat. Warisan. 12.

Yaacob Idrus. (1986). Perbilangan adat meminang. Warisan. 11. 47-56.

Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2018-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Aman, I., & Jaafar, M. (2018). Ciri Tekstual Perbilangan. Jurnal Bahasa, 18(1), 1-18. doi:10.37052/jb18(1)no1