Produktiviti Imbuhan Mem-, Memper- dan Memper-kan: Pendekatan Linguistik Korpus

(Affix Productivity of Mem-, Memper- and Memper-kan: A Corpus Linguistics Approach)

  • Imran Ho Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hazimah Yusof Dewan Bahasa dan Pustaka

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan membandingkan produktiviti morfologi imbuhan antara imbuhan awalan mem- dan memper- dan imbuhan apitan memper-kan dalam bahasa Melayu. Kedua-dua bentuk imbuhan berkenaan berfungsi untuk menerbitkan kata kerja dan kata adjektif (terbitan) daripada kata akar (KN, KK, KT, KAdj). Kajian ini juga melihat sama ada imbuhan mem- yang ditambah dengan morfem per- dan -kan menjadi imbuhan memper- dan memper-kan, mempengaruhi produktiviti morfologi bahasa Melayu. Selain itu, dengan menggunakan dan membandingkan dua bentuk korpus, iaitu korpus Akhbar Sukan Dalam Talian yang berjumlah hampir 2.5 juta kata dan korpus UKM-DBP yang berjumlah lima juta kata turut dikaji untuk melihat sama ada saiz korpus mempengaruhi morfologi produktiviti imbuhan berkenaan. Dengan menggunakan perisian Wordsmith Tools 4.0, data korpus berkenaan dijana untuk mengisihkan bentuk imbuhan mem-, memper- dan memper-kan dengan imbuhan lain dan kata akar. Berdasarkan ukuran produktiviti Baayen (1989, 1992), produktiviti proses pengimbuhan tersebut telah diukur. Kajian ini mendapati bahawa imbuhan memper- mempunyai nilai produktiviti yang tinggi iaitu P=0.009 dan P=0.030 manakala imbuhan mem- mempunyai produktiviti yang paling rendah iaitu P=0.002 dan P=0.001 bagi kedua-dua korpus berkenaan. Penambahan morfem per- dan -kan daripada imbuhan mem- menjadi imbuhan memper- dan memper-kan tidak mempengaruhi sepenuhnya produktiviti sebaliknya dipengaruhi oleh hapax. Hal ini dapat dilihat imbuhan yang mempunyai morfem terbanyak, iaitu memper-kan hanya menduduki tangga kedua dengan nilai P= 0.004 dan P=0.008 bagi kedua-dua korpus berkenaan. Namun begitu, saiz korpus ternyata mempengaruhi nilai produktiviti. Nilai produktiviti imbuhan memper- dalam korpus UKM-DBP (P=0.030) mempunyai julat perbezaan yang agak besar berbanding korpus Akhbar Sukan Dalam Talian (P=0.009), iaitu P=0.021.


Kata kunci: ukuran produktiviti, awalan, apitan, morfologi Melayu, data korpus sukan, data korpus umum, linguistik, komputer

Biografi Penulis

Imran Ho Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Hazimah Yusof, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Penyelidikan Bahasa

Rujukan

Abdullah Hassan, 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf, 1990. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Aronoff, M., 1980. "The Relevance of Productivity in a Synchronic Description of Word Formation" dlm. J. Fisiak (ed.). Historical Morphology. The Hague: Mouton.

Baayen, R.H., 1989. "A Corpus-Based Study of Morphological Productivity: Statistical Analysis and Psychological Interpretation". Disertasi Ph.d. Free University, Amsterdam.

Baayen, R.H. dan Lieber, R. "Productivity and English Word-Formation: A Corpus-Based Study" dlm. Linguistics 29, hlm. 801-43, 1991.

Baayen, R.H. dan Renouf, A., "Chronicling the Times: Productive Lexical Innovations in an English Newspaper" dlm. Language 72, hlm. 69-96, 1996.

Baayen, R.H., 2006. "Corpus Linguistics in Morphology: Morphological Productivity" dlm. Lüdeling, A. and M. Kytö (ed.). Corpus Linguistics. An International Handbook. New York: Mouton De Gruyter.

Bauer, L., 2001. Morphological Productivity. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Hockett, C., 1958. A Course in Modern Linguistics. New York: Macmillan.

Plag, I., Dalton-Puffer, C., dan Baayen H., "Morphological Productivity across Speech and Writing" dlm. Jurnal To Appear In English Language And Linguistics 3.2, November 1999.

Imran Ho Abdullah, "Produktiviti Imbuhan Apitan Ke … An dan Pen … An: Pendekatan Linguistik Korpus" dlm. Jurnal Linguistik 12, Edisi Khas, hlm. 1-11, Mac 2011.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1997. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sproat, R., dan Shih, "A Corpus-Based Analysis of Mandarin Nominal Root Compound." dlm. Journal of East Asian Linguistics 5, hlm. 49–71.8. C. 1996.

Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin dan Noor Azaliza Yahya, "Perbandingan Darjah Transitiviti Awal Ber- dan Per- dalam Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Jurnal Bahasa 13:1, hlm. 64-103, Jun 2013.

Zaharani Ahmad, "Kekeliruan dalam Penggunaan Bahasa Melayu: Percanggahan Antara Rumus Tatabahasa dengan Korpus Bahasa" dlm. Jurnal Persatuan Linguistik 8, hlm. 191-230, 2007.

Zaharani Ahmad dan Shakira Khairudin, "Kajian Imbuhan Kompleks Kata Nama Ke-an Bahasa Melayu: Analisis Data Korpus" dlm. Jurnal Bahasa 10:2, Disember 2010.

Zaharani Ahmad, Shakira Khairudin dan Nor Hashimah Jalaluddin, "Perilaku Morfologi Awalan Ber- dalam Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden: Satu Kajian Perbandingan" dlm. Jurnal Bahasa 12:2, hlm. 181-203, Disember 2012.
Telah diterbitkan
2015-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Abdullah, I., & Yusof, H. (2015). Produktiviti Imbuhan Mem-, Memper- dan Memper-kan: Pendekatan Linguistik Korpus. Jurnal Bahasa, 15(1), 41-62. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4258/1383