Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: Variasi Melayu Saribas atau Rejang?

(The Malay Dialect in Krian River Valley: A Variation of Saribas or Rajang Malay?)

  • Chong Shin Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Di Sungai Krian (Sarawak), dialek Melayu merupakan lingua franca utama. Dialek ini dituturkan oleh suku Melayu di sepanjang sungai ini dan merupakan bahasa interaksi etnik utama di pekan Saratok. Setakat ini, hanya sedikit penelitian berkaitan dengannya dan tiada penelitian yang komprehensif, khususnya klasifikasi terhadap dialek ini. Jadi status dialek ini dan hubungannya dengan dialek Melayu di sekitarnya (dialek Melayu Saribas dan Rejang) belum dapat dipastikan lagi. Kajian ini menggunakan tiga ciri fonologi umum yang wujud dalam dialek Melayu Saribas dan Rejang, iaitu perubahan yang berlaku terhadap bunyi /-a/, /-ɣ/ dan /-l/ untuk menguji kedudukan dialek Melayu di Sungai Krian. Hasil kajian mendapati bahawa dialek Melayu tersebut merupakan variasi Melayu Saribas dengan memperlihatkan penjelmaan /-a/ kepada [-ɔ], /-l/ kepada [-a] atau [-y], dan /-ɣ/ kepada [-ə]. Hal ini berlainan daripada fonologi dialek Melayu Rejang yang mengalami pengekalan bunyi: /-a/ sebagai [-a] dan /-l/ sebagai [-l].


Kata kunci: dialek Melayu, Sungai Krian, Saribas, Rejang, fonologi

Rujukan

Abang Yusuf Puteh, 1996. River of the Dry Tears: The Poor Malays of Sarawak. Kuching: Shobra Publications Sdn. Bhd.

Chong Shin, 2003. "Research in Saribas Valley: An Interim Report". Kertas kerja yang dibentangkan di Workshop on Ethnic Minorities in Southeast Asia, tajaan The Southeast Asia Studies Regional Exchange Program (SEASREP), anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 29-30 Mac.

Chong Shin, "Bahasa Iban dan Dialek Melayu di Saribas" dlm. Sarawak Museum Journal LXII:83, hlm. 85-106, 2007.

Chong Shin, "Dialek-dialek Melayu di Lembah Baram" dlm. Jurnal SARI 27:2, hlm. 59-71, 2009.

Collins, J. T., "Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang" dlm. Jurnal Dewan 44:1, hlm. 2-17, 2000.

Collins, J.T., 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T., 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimah @ Salamiah Mahdini, 1996. "Kosa Kata dan Sintaksis Dialek Melayu Sibu". Latihan ilmiah, Jabatan Persuratan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Rahani Hosin, 2006. "Varian Melayu di Lembangan Batang Saribas: Satu Penelitian Dialek Geografi". Disertasi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wong, Khek Seng dan Aiwan@Noraini Alli, "Kosa kata Dialek Melayu Saratok: Satu Tinjauan Awal" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40:6, hlm. 541-48, 1996.
Telah diterbitkan
2015-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Shin, C. (2015). Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: Variasi Melayu Saribas atau Rejang?. Jurnal Bahasa, 15(1), 63-77. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4259/1384