Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak

(Vowels System in Malay Dialect of Kabong, Sarawak)

  • Salbia Hassan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

Abstrak

Makalah ini membincangkan sistem vokal Dialek Melayu Kabong (DMKb), iaitu salah satu daripada dialek Melayu yang dituturkan di Sarawak. Kabong merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di Bahagian Betong, Sarawak. DMKb dituturkan oleh masyarakat Melayu di Kabong yang boleh dianggap sebagai bahasa komunikasi kawasan ini kerana peranannya yang dominan dalam masyarakat setempat. Selain masyarakat Melayu, Kabong juga didiami oleh kaum Iban dan Cina sebagai minoriti di sini. Kajian ini mengenal pasti fonem, alofon, diftong, distribusi fonem vokal dan pasangan minimum DMKB. DMKb akan dihuraikan secara linguistik deskriptif yang dikembangkan oleh Bloomfield dan diteruskan oleh Mario Pei dan Robins. Selain itu, model deskriptif Asmah juga digunakan untuk menganalisis sistem vokal DMKb. Data kajian ini diperoleh secara kajian lapangan huluan yang menggunakan kaedah senarai kata, domain dan asosiasi idea. Analisis secara deskriptif berjaya menentukan lapan bunyi vokal [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] dan [u] berstatus fonem yang tersendiri yang seterusnya menunjukkan fonem vokal dalam DMKb melebihi fonem vokal dalam bahasa Melayu standard (BMS).


Kata kunci: deskriptif, fonem, vokal, domain, senarai kata, pasangan minimum

Rujukan

Ajid Che Kob, 1977. Dialektologi Pasir Mas: Fonologi dan Leksikal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Arbak Othman, 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asmah Haji Omar (ed.), 2006. Bahasa Mah Meri. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 2008a. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008b. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar dan Rosline Sandai, 2012. Fonologi Bahasa Iban. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bloomfield, L., 1964. Language. Delhi: Motilal Banarsidass.

Chambers dan Trudgill, 1980. Dialectology. Cambridge: University Press.

Daniel Jones, 1956. Outline of English Phonetics. Cambridge : W. Heffer & Sons Ltd.

Madzhi Johari, 1988. Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mario Pei, 1960. The Story of Language. Signet.

Mario Pei, 1965. Invitation to Linguistics. New York: Doubleday & Company, Inc.

Noriah Mohamed, 1991. "Penggunaan bahasa dalam komuniti Melayu-Iban di Betong, Sarawak: Satu Kajian Etnososiolinguistik". Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rahani Hosin, 2007. "Varian Melayu di Lembangan Batang Saribas: Satu Penelitian Dialek Geografi". Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Robins, R.H., 1968. General Linguistics an Introductory Survey. London: Longman.

Samarin, W.J., 1967. Field Lingusitics: A Guide to Linguistic Field Work. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Telah diterbitkan
2015-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hassan, S. (2015). Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak. Jurnal Bahasa, 15(1), 78-112. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4260/1385