Ganti Nama Bahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis

(Pronoun in Mendriq: Minimalist Programme Analysis)

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Romzi Ramli Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Bahasa orang asli di Malaysia sedang mengalami proses kepupusan yang sangat cepat. Kajian berkaitan bahasa orang asli pula tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan terhadap salah satu daripada bahasa orang asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia, iaitu bahasa Mendriq. Bahasa ini dituturkan oleh suku kaum Mendriq yang menetap di Pos Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Kajian yang dijalankan di bawah kod penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047 ini mempunyai skop yang kecil, iaitu hanya memfokuskan ganti nama bahasa Mendriq sahaja. Proses analisis terhadap ganti nama tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis deskriptif dan analisis sintaksis. Analisis deskriptif akan membincangkan kasus yang terdapat dalam KGN bahasa tersebut. Analisis sintaksis pula akan membahaskan struktur sintaksis ganti nama bahasa Mendriq berpandukan analisis deskriptif. Analisis sintaksis akan menggunakan kerangka program minimalis sebagai teori untuk menganalisis KGN ini. Hasil daripada analisis ini, pengkaji mendapati bahawa ganti nama bahasa Mendriq dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ganti nama yang membawa kasus dan ganti nama yang ditandakan kasus.


Kata kunci: ganti nama, Mendriq, analisis deskriptif, analisis sintaksis, orang asli, kasus

Biografi Penulis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Mohd Romzi Ramli, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Adger, D., 2003. Core Syntax: A Minimalist Approach. New York: Oxford University Press.

Abdullah Hassan. "Golongan-golongan Kata dalam Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 17:8, hlm. 368-77, 1973.

Arbak Othman, "Datif dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Nahu Kasus dari Sudut Peranan Semantik dalam Ayat" dlm. Jurnal Bahasa 5:1, hlm. 1-22, 2005.

Asmah Haji Omar, 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Chomsky, N., 1986. Knowledge of Language. New York: Praeger.

Chomsky N., 1995. The Minimalist Program. Cambridge, Mass: MIT Press.

Chomsky, Noam, 2000. "Minimalist Inquiries: The Framework" dlm. Roger Martin, David Michaels dan Juan Uriagereka (ed.). Step by Step: Essays on Minimalist Syntax in Honor of Howard Lasnik. Cambridge, Mass: MIT Press.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, "Sintaksis Frasa Nama Bahasa Kensiu" dlm. Jurnal Bahasa 9:2, hlm. 155-72, 2009a.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, "Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Bateq" dlm. GEMA Online Journal of Language Study 9:1, hlm. 47-61, 2009b.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. "The Syntactic Structure of a Noun Phrase: Austroasiatic vs. Austronesia" dlm. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities 19:1, hlm. 263-71, 2011.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Harishon Radzi. "Syntax of Wh in Mendriq" dlm. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities 21:3, hlm. 1023-034, 2013.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, dan Khairul Faiz Alimi, "Analisis Deskriptif terhadap Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq" dlm. Jurnal Bahasa 14:2, hlm. 169-91, 2014.

Fillmore, Charles, 1968. "The Case For Case" dlm. E. Bach dan R.T. Harms (ed). Universal in Linguistic Theory. New York: Holt.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2008. http://www.jheoa.gov.my (Capaian pada 22 Disember 2014).

Lutfi Abas, 1988. "Analisis Tatabahasa Kasus" dlm Nik Safiah Karim (ed.). Linguistik Transformasi Generatif Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sheffie Abu Bakar, 1987. Metodologi Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Azuwan Yaakob dan Arbak Othman. "Maklumat Leksikal dalam Struktur Kasus dan Argumen dalam Penulisan Berita" dlm. Jurnal Bahasa 6:4, hlm. 627-46, 2006.

Nor Hashimah Jalaluddin. "Ganti Nama Melayu Satu Definisi Semula" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 1:12, hlm. 15-22, 2001.

Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida Yusof. "Kata Panggilan dalam Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik" dlm. Jurnal Bahasa 2:2, hlm. 224-57, 2002.

Paitoon M. Chaiyanara. "Teori Tatabahasa Leksikasus" dlm. Jurnal Bahasa 4:1, hlm. 96-128, 2004.

Syed Arabi Idid, 2002. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2015-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., & Ramli, M. (2015). Ganti Nama Bahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 15(2), 177-200. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4263/1395