Deiksis Reruang dalam Dialek Kedah

(Space Deixis in Kedah's Dialect)

  • Nurul Shahida Jamil Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Maslida Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti elemen deiksis reruang atau deiksis tempat dalam dialek Kedah dengan memberikan fokus kepada kawasan kajian di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, Daerah Kota Setar (DKKS). Deiksis reruang menekankan aspek tempat atau lokasi yang wujud secara relatif dalam ruang peserta deiksis dalam peristiwa tutur (Huang, 2007). Kajian ini menggunakan rakaman perbualan kekeluargaan antara ibu, anak dan adik-beradik. Untuk mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang ditempatkan (benda yang dirujuk) dengan tanda tempat, makalah ini akan menggunakan kerangka rujukan (frames of reference) oleh Huang (2007) yang melibatkan tiga rangka linguistik bagi rujukan, iaitu (i) intrinsik; (ii) relatif; dan (iii) absolut. Makalah ini mendapati DKKS mempunyai kepelbagaian elemen deiktik dalam mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang dirujuk dengan tempat yang menjadi rujukan. Hubungan reruang juga bersifat relatif, iaitu berasaskan hubungan sudut pandang (lokasi), benda (entiti) dan tanda tempat (kedudukan). Analisis deskriptif deiksis reruang dapat menyerlahkan sistem penggunaan deiksis dalam dialek Melayu terutamanya dalam dialek Kedah secara eksklusif dan tersendiri sebagaimana yang dipamerkan oleh peserta deiksis DKKS.


Kata kunci: deiksis, deiksis reruang, dialek kedah, kerangka rujukan, peserta deiksis

Biografi Penulis

Nurul Shahida Jamil, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Maslida Yusof, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1985. Language and the World-View of the Malay Peasants. Malaysian World-view. Singapura: Institute of Southeast Asian Studied.

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Pemikiran Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, G., & Yule, G., 1983. Teaching the Spoken Language. UK: Cambridge University Press.

Collins, James T., 1976. Vokal Sengau di dalam Bahasa Melayu Kedah Langkawi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Danziger, Eva, "Deixis, Gesture and Cognition in Spatial Frame of Reference Typology" dlm. Studied in Language 34 :1, hlm. 167-85, 2010.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi, "Kata Soal Bila dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis" dlm. Gema Online Journal of Language Studies 11:1, hlm. 1-12, 2011.

Hanks, William F., 2009. "Fieldwork on Deixis" dlm. Journal of Pragmatics 41:1 hlm. 10-24, 2009.

Hirschberg, J.. 2004. "Pragmatics and Intonation" dlm. Horn, Laurence R. & Ward, Gregory (ed.) The Handbook of Pragmatics. Oxford: Blackwell.

Huang, Yan, 2007. Pragmatics. New York: Oxford University Press.

Ida Ahmad, "Fonologi Bahasa Kedah" dlm. Dewan Bahasa 13, hlm. 531-37, 1969.

Levinson, Stephen C., 2004. Deixis. The Handbook of Pragmatics. USA: Blackwell Publishing.

Levinson, Stephen C., 1983. Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.

Maienborn, C., Heusinger, K. V. dan Portner, P., 2012. Semantics. Berlin: Walter de Gruyter.

Maslida Yusof, 2007. "Pragmatik" dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Salleh & Rahim Aman (ed.) Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Maslida Yusof, "Analisis Preposisi Lokatif Bahasa Melayu Berdasarkan Kerangka Role and Reference Grammar (RRG)" dlm. GEMA Online Journal of Language Studies 9:1, hlm. 17-32, 2009.

O'Keeffe, Anne, Brian Clancy dan Svenja Adolphs, 2011. Introducing Pragmatics in Use. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Shahidi A.H., "Alternasi dalam Fonologi Subdialek Kedah Utara" dlm. Jurnal Bahasa 9:2, hlm. 302-25, 2009.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2010. Pragmatik Linguistik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ton Ibrahim, 1974. "Morfologi Dialek Kedah". Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Yaguchi, Michiko, "The Function of the Non-Deictic that in English" dlm. Journal of Pragmatics 33:7, hlm.1125-155, 2001.

Yule, George, 1996. Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
Telah diterbitkan
2014-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jamil, N., & Yusof, M. (2014). Deiksis Reruang dalam Dialek Kedah. Jurnal Bahasa, 14(2), 192-218. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4271/1375