Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas

(Learning Difficulties: Signs and Symptoms of Oral Communication Disorders in Special-Education Students)

  • Abdullah Yusoff Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
  • Che Rabiaah Mohamed Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan, USM

Abstrak

Kajian tinjauan keratan rentas ini bertujuan mengenal pasti prevalen murid yang mengalami kecacatan komunikasi lisan dalam kalangan murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga mengenal pasti simptom umum dan simptom spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid berkenaan. Teknik pensampelan secara penyesuaian. Sampel terdiri daripada 1125 murid pendidikan khas dalam program integrasi di 56 buah sekolah di Kelantan. Senarai semak kecacatan pertuturan atau bahasa oleh Hannel berskala 4 Likert digunakan bagi mengutip data yang dilakukan melalui semakan dokumen profil murid, pemerhatian terhadap tingkah laku dan temu bual dengan ibu bapa. Kajian mendapati enam peratus (n=67) daripada murid yang dikaji mengalami kecacatan komunikasi lisan. Daripada perbandingan min, didapati simptom umum "lambat dalam belajar untuk bercakap" merupakan simptom yang "sangat berkaitan" dengan kecacatan komunikasi. Kajian mencadangkan guru yang mengajar murid ini menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif bagi memaksimumkan kefahaman mereka.


Kata kunci: pendidikan khas, kecacatan komunikasi, tinjauan keratan rentas, masalah pembelajaran, komunikasi lisan

Rujukan

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed, 2009. "Recognising Language of the Deaf Community: The Concept of Communication, Language, Speech, Signing and Their Relationship with the Means of Communication Used by Deaf People". International Seminar on Sign Language Research, University of Malaya: 30 - 31 Mei 2009, MySL Research Team, Faculty of Language and Linguistics, University of Malaya.

Abdullah Yusoff, Safani Bari & Mokhtar Taha, 2009. Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University Press.

Abdullah Yusoff, Ruslan Idris & Nor Laini Che Mat, 2012. "A Survey on Communication Disorder Among Children with Learning Disabilities". Jogja International Conference on Communication (JICC): 21-22 November 2012, Department of Communication Studies, Faculty of Social and Political Sciences. University of Pembangunan Nasional "Veteran" Yogyakarta, Indonesia.

Abdullah Yusoff, Shukri Ismail, Azhari Muhamood & Nik Azhar Nik Ab Rahman, 2011. "Pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: Satu Kajian Penerokaan Dan Keperluan Inovasi". Kertas kerja dalam The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICRCSE) USM Penang: 10-12 Jun 2011. Dewan Budaya, USM Penang, Malaysia.

Anderson, D., "In Or Out: Surprises in Reading Comprehension Instruction" dlm. Intervention in School and Clinic 41:3, hlm. 175-79, 2006.

El Sayed S. & Hemmat B., "Psychosocial Factors Affecting Language Developmental Among Mild Mentally Retarded Childrens" dlm. Egyptian Journal of Psychiatry 31:2, 2008.

Gregory, S., 1997. "Deaf Children's Writing: The influence of BSL on Written Language". Kertas kerja International Simpousium on Niliguailisium". 9-12 April, 1997. Dentle School University of New Castle upon Tyne.

Hannell, G. (ed)., 2005. Identifying Children with Special Needs: Checklists and Action Plans for Teachers. California: Crown Press.

Hannell, G., 2005. "The Speech or Language Impairement Checklist" in Identifying Children with Special Needs: Checklists and Action Plans for Teachers. California: Crown Press.

Hallahan, D. & Kauffman, J., 2006. An Introduction to Special Education: Exceptional Learners. New York: Pearson.

Harding, C., et al. 2011. "Implementing AAC with Children with Profound and Multiple Learning Disabilities: A Study in Rationale Underpinning Intervention" dlm. Journal of Research in Special Educational Needs 11:2, hlm. 120-29, June 2011.

Haynes, W. & Pindzola, R., 2008. Diagnosis and Evaluation in Speech Pathology. New York: Pearson.

Heward, L., 2011. Exceptional Children: An Introduction to Special Education. New York: Prentice Hall.

Jabatan Pendidikan Khas, 2004. Maklumat Pendidikan Khas 2004. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.

Johnson, D., "An Overview of Learning Disabilities Psychoeducational Perspectives" dlm. Journal of Child Neurology, 10:1, hlm. 2-5, 1995.

Kasari, C., Paparella, T, Freeman, S.N., & Jahromi, L., "Language Outcome in Autism: Randomized Comparison of Joint Attention and Play Interventions" dlm. Journal of Consulting and Clinical Psychology 76, hlm. 125-37, 2008.

Kuder, S., 2003. Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Bostan: Pearson Education, Inc.

Little. L., "The Misunderstood Child: The Child With a Nonverbal Learning Disorder" dlm. Journal of the Society of Pediatric Nurses 01, July, 1999.

Mohd. Majid Konting, 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Noor Aini Ahmad et al., "Pengajaran Kemahiran Komunikasi bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran Teruk" dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2:2, Nov. 2012.

Rohaty, M. M. & Shafie, M.N., "Simptom Disleksia Murid-murid Prasekolah" dlm. Jurnal Pendidikan 30:X, hlm. 3-19, 2005.

Rouke, B.P., 1995. Syndrome of Nonverbal Learning Disabilities: Neurodevelopmental Manifestation. New York: Guilford Press.

Shames, G. & Wiig, E., 2003. Human Communication Disorders: An Introduction. London: Chales E. Merrill Publishing Company.

Taylor, Smiley & Richard, 2009. Execptional Students: Preparing Teachers for the 21 st Century. Boston: McGRAW HILL.

Vaughn, S. & Bos, C.S., 2012. Strategies for Teaching Students with Learning and Behavior Problems. New Jersey. Pearson Education Inc.
Telah diterbitkan
2014-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Yusoff, A., & Mohamed, C. (2014). Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas. Jurnal Bahasa, 14(2), 301-324. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4276/1380