Terjemahan Aforisme dalam Karya Tuan Gatsby

(The Translation of Aphorisms in Tuan Gatsby)

  • HASURIA Che Omar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Ummi Umairah Kahar Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Karya kreatif bergenre sastera, iaitu The Great Gatsby (1925) merupakan antara novel klasik yang masih mendapat tempat di hati golongan penggemar novel sehingga sekarang. Populariti karya ini secara langsung telah memberikan peluang kepada penghasilan karya terjemahannya kepada bahasa Melayu yang bertajuk Tuan Gatsby (1988). Gaya penulisan dan lenggok bahasa yang dipamerkan dalam karya asal menyerlahkan kreativiti pengarang asalnya. antara gaya penulisan yang istimewa hadir dalam karya masyhur ini ialah unsur “aforisme”, iaitu unsur penulisan yang merujuk penggunaan bahasa perlambangan yang menunjukkan makna persamaan dan perbezaan dalam mesej, seperti simpulan bahasa, perumpamaan dan satira. oleh hal yang demikian, menerusi analisis perbandingan teks sumber dan teks sasaran, fokus pemerhatian dibuat terhadap terjemahan aforisme dalam penulisan ini. objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aforisme yang hadir dalam karya asli, diikuti dengan penelitian terhadap terjemahan aforisme yang dihasilkan dalam karya terjemahan. Penelitian terhadap pendekatan terjemahan dan prosedur terjemahan yang dimanfaatkan oleh penterjemah juga dilakukan. dapatan analisis menunjukkan terdapat enam jenis aforisme khusus yang ditemui dalam karya asal, iaitu aforisme berbentuk bayangan perwatakan watak, aforisme berbentuk pengakuan, aforisme berbentuk metafora, aforisme berbentuk usikan stereotaip, aforisme berbentuk usikan andaian budaya dan aforisme berbentuk klu jawapan seperti yang dikemukakan dalam kajian angel-lara (2015). dapatan kajian menunjukkan bahawa terjemahan aforisme dalam karya Tuan Gatsby (1988) dilihat berjaya mengekalkan nilai estetikanya menerusi penggunaan pendekatan dinamik yang dikemukakan oleh nida (1964) sebagai pendekatan terjemahan utama.


Kata kunci : Penterjemahan teks kreatif, unsur aforisme, gaya retorik, gaya bahasa, pendekatan dinamik

Biografi Penulis

HASURIA Che Omar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Translation and Interpreting Section,

School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Angel-Lara, M. (2015). Aphorisms with an Opening (and Closure) Effect. Pensamiento y Cultura, 18, 76-106. DOI 10.5294/pecu.2015.18.1.3.

Auden, W. H. & Kronenberger, L. (1981). The Viking Book of Aphorisms. United Kingdom: Dorset Press.

Asrul Azuan Mat Dehan, Nor Azuwan Yaakob & Nik Fazrul Azri Nik Aris. (2017). Penerapan Retorik Gaya Skema dalam Pengkaryaan Novel Salina. Journal of Business and Social Development, 5(1), 60-78.

Auriel, D. & Strupf, M. (1989). Webster's New World Best Book of Aphorism. New york: Webster's New World.

Baias, C. C. & Pop, I. M. (2017). The Metadefinition of The Aphorism and The Public Communication. New Trends and Issues Proceedings on Humanities and Social Sciences, 01, 185-190. Akses pada 2 Januari 2020 daripada www.prosoc.eu

Baias, C. C. (2015). The Aphorism: Function and Discursive Strategy. Procedia Social and Behavioral Sciences, 191, 2267-2271.

Chapko, W (2007) Writing aphorism. Www. Copyrightdeposit.com. Dlm. Muhamad Said, N. (2012). A Stylistic Study of English Aphorisms of 'Life and Death'. Journal of the College of Languages (JCL), 25, 146-167. Akses pada 2 Januari 2020 daripada http://J.colang.uobaghdad.edu.iq/index.php/Jcl/article/320

Ervina Atan (2009). Karya Terjemahan Kreatif Roderick Gordon & Brian Williams: Analisis Pendekatan dan Kaedah Terjemahan. Kuala lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Fitzgerald, F.S. (1925). The Great Gatsby. New York: Charles Scribner's Sons.

Fitzgerald, F.S. (1988). Tuan Gatsby. (Ainon Abu Bakar, Ptjmh.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. (Buku asal diterbitkan 1925).

Garrett, G. (1992). Fire and Freshness: A Matter of Style in The Great Gatsby. In The Sorrows of Fat City: A Selection of Literary Essays and Reviews, pp. 53-68). Columbia, SC: University of South Carolina Press.

Geary, J. (2005). World in a Phrase: A Brief History of The Aphorism. New York: Bloomsbury.

Gross, J. (2003). The Oxford Book of Aphorisms. Oxford : Oxford University Press.

Melati Desa & Hasuria Che Omar (2017). Kaedah Penterjemahan Metafora Bahasa Jepun Kepada Bahasa Melayu Dalam Haiku Ni Okeru Basho No Kokoro. Jurnal Bahasa, 17(1), 111-144.

Muhamed Said, n. (2012). A Stylistic Study of English Aphorisms of "Life and Death". Journal of the College of Languages (JCL), 25, 146-167. Akses pada 2 Januari 2020 daripada http://j.colang.uobaghdad.edu.iq/index.php/Jcl/article/320

Nida, E.A. (1964). Towards A Science of Translation. Leiden: E.J.Brill.

Nida, E. A. & Taber, C.R. (1969). The Theory and Practice of Translation. Leiden: E. J.Brill.

Omar, S. N. (2016). Rhetorical Style of the English Translation of Surah al-Takwir. International Journal of Language, Education and Applied Linguistics,04, 55-66.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2012). Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Seri Lanang Rohani & Dahlia Janan (2016). Sang Budiman. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sobariah Baharum. (2008). Retorik dalam Novel-Novel Abdullah Hussain (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Vinay, J. P. & Darbelnet, J. (1958/1995). Comparative Stylistics of French and English: A Methodology for Translation. Amsterdam & Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.

Yousef T. (2012) Literary Translation: Old and New Challenges. International Journal of Arabic- English Studies (IJAES), 13, 49-64.

Yusof Man. (2006). Gaya dalam Retorik Sastera. Pelita Bahasa, 18(1), 20-22.
Telah diterbitkan
2020-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Che Omar, H., & Kahar, U. (2020). Terjemahan Aforisme dalam Karya Tuan Gatsby. Jurnal Bahasa, 20(2), 267-286. doi:10.37052/jb20(2)no4