Analisis Kata Pikat dalam Media Sosial: Satu kajian Semantik

(An Analysis of Pick-up Lines in Social Media: A Semantic Study )

  • Mardina Mahadi Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam
  • Nurul Azyan Zunaidi Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam

Abstrak

Kajian ini meneliti kata pikat atau pick-up line khususnya dalam bidang semantik dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Mansoer Pateda (2001). Pendekatan tersebut terdiri daripada empat aspek makna, iaitu pengertian, nilai rasa, nada dan maksud. Berlaku pertambahan perkataan baharu yang timbul untuk istilah kata pikat ini yang digunakan dalam media sosial selaras dengan arus pemodenan bahasa. Kata pikat merupakan strategi yang digunakan oleh lelaki untuk berkomunikasi dengan perempuan yang diminatinya dengan niat untuk menjalinkan hubungan atau memulakan perkenalan. Kajian lepas banyak dilaksanakan di negara Barat, namun belum ada kajian bertulis yang dilakukan di negara Brunei setakat ini. Selain itu, terdapat juga yang salah faham mengenai kata pikat dengan ayat penyata. Bagi menentukan aspek makna (Pateda, 2001), kajian ini meneliti ciri-ciri yang terdapat dalam beberapa ayat kata pikat yang pernah diujarkan oleh orang Brunei secara khusus yang dipilih oleh pengkaji melalui dua aplikasi media social, iaitu Instagram dan YouTube. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah sejauhmanakah pendekatan Pateda (2001), iaitu empat aspek makna dapat dilihat dalam ayat kata pikat. Ciri-ciri yang terdapat dalam ayat kata pikat juga diteliti. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat keempat-empat aspek makna tersebut berdasarkan ciri-ciri yang diperoleh untuk setiap kata pikat, dan pada masa yang sama jelas memainkan peranan dalam pemahaman makna kata pikat yang ingin disampaikan oleh penutur.


Kata kunci: Kata pikat, semantik, ciri-ciri, aspek makna, media sosial

Rujukan

Buss, D. M., & Schmitt, D. (1993). Sexual strategies theory: An evolutionary perspective on human mating, Psychological Review, 100, 204-232.

Chaer, A (1989). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta.

Cunningham, M. R., & Barbee, A. P. (2008). Prelude to a kiss: Nonverbal flirting, opening gambits, and other communication dynamics in the initiation of romantic relationships. In S. Sprecher, A. Wentzel, & J. Harvey (Eds.), Handbook of relationship initiation (pp. 97-120). Psychology Press.

Cunningham, M.R. (1989). Reactions to heterosexual gambits: Female selectivity and male responsiveness. Personality and Social Psychology Bulletin, 15, 27-41.

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2017). Peka Bahasa - Istilah Semasa. Paparan 23-27 Oktober 2017. Jawatankuasa Istilah Semasa. Kuala Lumpur. Diakses daripada https://toodia.my/2017/10/13/dewan-bahasa-dan-pustaka-memperkenalkan-perkataan-baru/

Dictionary.com (n.d). Slang Dictionary: Pickup line. Diakses daripada https://www.dictionary.com/e/slang/pickup-line/ capaian 2020.

Gass, R. H. & Seiter, J. S. (1999). Persuasion, social influence, and compliance gaining. Boston: Allyn & Bacon.

Graham, Jefferson (2005). "Video websites pop up, invite postings". USA Today. Gannett Company. Diakses daripada http://usatoday30.usatoday.com/tech/news/techinnovations/2005-11-21-video-websites_x.htm

Harimurti Kridalaksana (2001). Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Hendon, Adrienne Leigh, "Pick-Up lines: To Use a Neg or a Flippant?" (2012). Electronic Theses and Dissertations. Paper 1446.

Hootsuite & We Are Social (2020). "Global Social Media Overview." Diakses daripada https://datareportal.com/social-media-users

Hopkins, Jim (2006). "Surprise! There's a third YouTube co-founder". USA Today. Diakses daripada https://usatoday30.usatoday.com/tech/news/2006-10-11-youtube-karim_x.htm

Jackson, P., Kleiner,S., Geist, C., & Cebulko, K. (2011). Conventions of courtship. Gender and race differences in the significance of dating rituals. Journal of Family Issues, 32, 629-652.

Kaplan, Andreas, M. & Haenlain, M. (2010). Users of the world, unite! The challenges and opportunities of Social Media.

Kleinke, C. L. & Dean, G. O. (1990). Evaluation of men and women receiving positive and negative responses with various acquaintance strategies. Journal of Social Behavior and Personality, 5, 369-377.

Kleinke, C. L., Meeker, F. B., Staneski, R. A. (1986). Preference for opening lines: Comparing ratings by men and women. Sex Roles, 15, 585-599.

Lindsay, J. (2018). What is negging? Metro, Uk. Diakses daripada https://metro.co.uk/2018/03/22/what-is-negging-7407664/

Muhamad Naim (n.d.). Hadis Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu - Adakah Sahih? oleh Ustaz Azhar Idrus. Diakses daripada https://akuislam.com/fekah/syurga-bawah-kaki-ibu/

Murray, T. (1985), The language of singles bars. American Speech, 60, 17-30.

Pateda, M. (2001). Semantik leksikal. Rineka Cipta.

Selongkar10 (2016). 21 Koleksi Pick Up Line Terbaik Untuk Mengorat Dari Pickupline Nenek..!!!!. Diakses daripada https://selongkar10.blogspot.com/2016/05/21-koleksi-pick-up-line-terbaik-untuk.html?m=1

Senko, Corwin & Fyffe, Viviana (2010). An Evolutionary Perspective on Effective vs. Ineffective Pick-Up Lines', The Journal of Social Psychology, 150: 6, 648-667).

Shelly FW (2015). Indonesian Pick Up Line. Diakses daripada https://shellyesfladys.wordpress.com/tag/indonesian-pick-up-line/

Siti, Hajar H. Abdul Aziz. (2009). Bahasa melayu II. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tarigan, H.G. (1985). Pengajaran Semantik. Bandung: Angkasa.

Weber, Keith, Goodboy, Alan K. and Cayanus, Jacob L. (2010) 'Flirting Competence: An Experimental Study on Appropriate and Effective Opening Lines', Communication Research Reports, 27: 2, 184 - 191

Yuni Fitriani (2017). Analisis Pemanfaatan Berbagai Media Sosial Sebagai Sarana Penyebaran Informasi Bagi Masyarakat. LPPM Universitas Bina Sarana Informatika, Jakarta.
Telah diterbitkan
2021-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mahadi, M., & Zunaidi, N. (2021). Analisis Kata Pikat dalam Media Sosial: Satu kajian Semantik. Jurnal Bahasa, 21(1), 129-162. doi:10.37052/jb21(1)no7